Ekstra Feminin: Pakar mata
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
Prof Dr Muhaya Muhammad |
PERJALANAN kerjayanya untuk mendaki ke puncak dilihat begitu mudah. Sebaik menamatkan kursus doktor pelatih pada 1986, Prof Dr Muhaya Muhamad ditawarkan oleh Datuk Dr Mohd Nor Marahakim, yang digelar Bapa Oftalmologi Malaysia menjadi pensyarah pelatih di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam masa enam tahun selepas mendapat ijazah doktor falsafah pada 1991, beliau dilantik menjadi Pakar Mata dan pensyarah Jabatan Oftalmologi, UKM mendahului rakan seangkatan. Namun, katanya, semua itu adalah anugerah Allah, berkat doa, restu dan sokongan suami serta ibu bapa.
Resipi menjadi doktor terbaik: Prof Muhaya ubati rohani sebelum rawat pesakit
BELIAU yang juga wanita Melayu pertama menjadi Pengerusi Persatuan Doktor Mata Malaysia, mempunyai prinsip terpuji. Bagi Prof Dr Muhaya Muhamad, doktor Muslim perlu memiliki kebersihan rohani sebelum mampu merawat pesakit. Tidak meninggalkan suruhan Allah dan ikhlas membantu insan memerlukan, resipi terbaik bergelar doktor.
Katanya, sekiranya seorang itu bercita-cita menjadi doktor semata-mata mengejar glamor dan wang ringgit, ia sebenarnya tidak sempurna, kerana doktor itu sendiri berperanan membantu dan tidak memikirkan kesenangan mahupun keuntungan diri.
"Sebenarnya menjadi doktor paling mudah untuk kita mendapat pahala kerana menerusinya kita lebih mudah berdakwah dan menyampaikan nasihat kepada pesakit. Sepanjang pengalaman saya sebagai doktor, selalunya saya akan menyampaikan ingatan dan pesanan kepada pesakit, tidak sekadar merawat semata-mata.
RAWATAN mata kini semakin maju dan menjimatkan masa. |
"Saya ada didatangi pesakit yang terlalu sedih kehilangan penglihatan, tetapi selalu saya tekankan, bahawa insan berkenaan perlu bersyukur kerana hilang penglihatan bermakna dosa daripada segi nafsu dan keinginan dunia akan berkurangan.
"Begitu juga sekiranya ada pesakit yang menghidap penyakit kronik, dan menunggu masa untuk meninggal dunia, selalu saya tekankan, bahawa mati itu pasti berlaku, tetapi sekurang-kurangnya insan berkenaan mempunyai masa untuk beribadah lebih, kerana ada juga kematian berlaku secara tiba-tiba," katanya.
Lantaran prinsip itulah maka wanita yang berusia 50 tahun in cukup disayangi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dan Pusat Perubatan Prince Court. Tanggungjawabnya terhadap dua pusat berkenan yang mana di HUKM, beliau masih bergelar Profesor, sementara di Prince Court menggalas jawatan sebagai Ketua Jabatan Mata.
Prof Muhaya adalah pakar perunding mata pertama di Asia Tenggara yang menjalankan prosedur lasik dengan mesin Vismax Femtosecond pada 15 September lalu. Ia adalah satu kaedah termoden dan penghasilan 'flap cornea' dengan VisuMax adalah teknik tanpa pisau sepenuhnya.
PROF Muhaya bersama keluarga tercinta. |
Satu ciri penting VisuMax ialah penggunaan kanta lekap yang diletakkan di kornea ketika rawatan dan ini akan membekalkan keselesaan yang maksimum tidak seperti mikrokeratom atau kaedah laser femtosecond yang lain, di mana penglihatan pesakit akan hilang untuk seketika disebabkan peningkatan tekanan yang tinggi. Kelebihan VisuMax, prosedur ini sangat lembut dan pesakit sering menyamakan prosedur VisuMax dengan proses memakai kanta lekap.
Prof Muhaya berkata, semua pesakit yang menjalani pembedahan lasik dengan kaedah itu di Pusat Mata dan Lasik Prince Court melahirkan rasa gembira dan menyatakan ada peningkatan kualiti hidup dari segi kebebasan daripada cermin mata dan dapat bersukan dengan lebih mudah.
Tidak terhenti di situ, ramai pesakitnya yang tetap mencari dirinya dan inginkan rawatan daripadanya kerana prinsip 'cantiknya' itu.
"Tidak dinafikan saya mempunyai pesakit yang ramai, kalau nak diikutkan, mesti jururawat yang bertugas dengan saya mengeluh kepenatan, tetapi saya selalu ingatkan, kalau lagi banyak kita membantu orang lain, lagi banyak kita mendapat pahala," katanya.
Prof Muhaya yang juga penerima pertama Anugerah Toh Puan Rahah pada 1982 yang diberikan kepada pelajar wanita UKM yang paling cemerlang dari segi akademik dan sahsiah berkata, beliau sentiasa berminat mengajar rakan seperjuangan.
Mengimbas kembali kenangan lalu, beliau akui cita-cita menjadi doktor berputik apabila ayahnya membawa beliau melawat Universiti Malaya ketika berumur 10 tahun. Mengingat kata ayah, menjadi doktor saja tidak cukup kerana seseorang Muslim itu perlu menggunakan pendekatan holistik dan menerapkan nilai keislaman dalam rawatan.
Istimewa mengenai Prof Muhaya, beliau amat menitikberatkan aspek agama yang mana selalu mengingatkan pekerjanya supaya tidak meninggalkan solat lima waktu, malah itulah kriteria utama sekiranya ingin bekerja dengannya. Bagi dirinya, sama ada anda seorang pekerja atau majikan, sekiranya amanah Allah tidak dilakukan dengan jujur dan amanah, bagaimana pula dengan amanah kepada diri sendiri, majikan atau bagaimana apabila bergelar bos?
"Orang yang tidak meninggalkan solat dan selalu meminta pertolongan daripada Allah nyata banyak kemudahannya. Saya pernah berhadapan dengan pesakit muda yang selesai menjalani rawatan, mengikut kaedah biasa mampu sembuh dalam seminggu, tetapi pesakit itu tidak sembuh juga walaupun sudah masuk hari ke-10. Saya terus bertanya, adakah anda mengerjakan solat? Dan seperti dijangka jawapannya tidak.
"Begitu juga sekiranya saya melakukan pembedahan terhadap orang yang banyak beramal kepada Allah, kerja pembedahan bagaikan 'dibantu' apabila ia berjalan dengan pantas dan tanpa sebarang masalah. Begitulah besarnya nikmat sekiranya kita beramal ibadat. Saya percaya, kalau kita selalu menolong orang, Allah juga akan sentiasa membantu kita," katanya.
Tidak sia-siakan masa
KEBIJAKSANAAN Prof Muhaya dalam menyampaikan ceramah dan peringatan banyak dipengaruhi oleh ilmu. Katanya, perjalanan dari rumah ke pejabat yang mengambil masa selama satu jam dipenuhi dengan mendengar CD ceramah agama dan maklumat itu dikongsi bersama pekerja dan pesakitnya.
Begitu juga ketika waktu rehat tengah hari umpamanya, beliau akan pastikan diri mendengar input ilmiah termasuk motivasi dan sebagainya, kerana beliau tidak mahu membiarkan masanya terbuang begitu saja tanpa mendapat pengisian.
Nyata amalannya itu diperoleh daripada didikan arwah bapanya yang percaya manusia akan menjadi insan terpuji menerusi ilmu yang dipelajarinya.
"Percaya atau tidak sejak berusia lapan tahun lagi, arwah bapa saya sudah memanggil guru tuisyen mengajar kami adik-beradik subjek matematik dan bahasa Inggeris membuktikan beliau sudah melihat kebaikan ilmu. Bayaran dikenakan ialah RM15 sebulan untuk saya dan kakak yang ketika itu belajar dalam darjah enam. Jumlah yang agak besar pada 1966, tetapi ayah saya tidak peduli.
"Sebagai pegawai tentera, dia mahu anak-anaknya menjadi orang berilmu. Ayah saya memang sangat berdisiplin dan amalan itu saya perturunkan kepada dua anak perempuan saya. Saya tidak sewenang-wenangnya membenarkan anak saya keluar bersuka ria atau menonton wayang, sebaliknya akan ingatkan mereka, adakah mereka ingin bersuka tawa riang, dan menangis pada kemudian hari? Bagi saya ibu bapa sebenarnya yang mencorakkan pendidikan anak-anak mereka," katanya.
Mengulas mengenai kejayaan dikecapi hari ini, Prof Muhaya mengakui pernah terpengaruh dengan kawan. Naluri anak dara yang suka melawa mendorong beliau memasuki pertandingan kecantikan, tarian, persembahan fesyen dan pelbagai persatuan sekolah.
Kesibukan itu menyebabkan prestasi pelajarannya merosot. Beberapa bulan sebelum LCE (SRP sekarang), tiba-tiba Prof Muhaya tersedar beliau sebenarnya kesuntukan masa untuk belajar. Hatinya panik. Tahun itu buat pertama kali dalam hidupnya beliau menyambut Aidilfitri di asrama dan semua masanya dikhususkan untuk belajar.
"Bimbang juga jika tidak lulus periksa dan `ditendang keluar' daripada sekolah berasrama penuh. Di mana hendak disorokkan muka yang pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah.
"Masuk tingkatan empat, saya kembali menjadi Muhaya yang sebelumnya. Saya suka belajar di perpustakaan sebab sunyi. Hujung minggu, selepas sarapan saya ke perpustakaan untuk belajar. Alhamdulillah, berkat usaha, saya jadi pelajar terbaik MCE tahun itu," katanya.
Kahwin awal
KETIKA di tingkatan lima itulah beliau mula berkawan dengan suaminya, Dr Azmi Jamion ketika bertemu pada Pertandingan Piala Perdana Menteri. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Prof Muhaya ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah, tetapi terpaksa ditolak kerana tidak mendapat kebenaran ayahnya.
"Saya terpaksa menyambung pelajaran di tingkatan enam. Patuh nasihat orang tua, banyak hikmah di sebaliknya apabila dilantik ketua pengawas dan menjadi pelajar Melayu pertama yang dapat empat Prinsipal dalam peperiksaan Higher School Certificate (1978) dan ditawarkan bidang perubatan di UKM bersama suami yang masuk ke UKM terlebih dulu," katanya yang mendirikan rumah tangga pada tahun kedua pengajian. Nyata, perkahwinan tidak menjejaskan pelajaran malah mendapat pelajar terbaik pada tahun itu.
Beliau tidak menafikan bukan semua cerah menyinari hidupnya kerana menjelang 2000, anak lelaki tunggalnya, Mohd Hilman, 11, meninggal dunia secara tiba-tiba ketika mereka sekeluarga pergi membeli-belah.
Sungguhpun begitu, beliau reda dengan pemergian si kecil kerana yakin anaknya itu pasti menyambutnya di padang mahsyar kelak.
INFO: Profesor Dr Muhaya Mohamad
- Memperoleh Fellowship dalam bidang Uveitis dari Hospital Mata Moorfields di United Kingdom pada 1998, manakala kelulusan PhD dari University of London dalam bidang Ocular Immunology.
- Anak Malaysia terunggul pakar dalam bidang Uveitis. Beliaulah yang memulakan perkhidmatan Uveitis dan terapi immunosuppressive untuk penyakit mata autoimun di Malaysia. Kini, Prof. Muhaya dianggap sudut rujukan dalam bidang pengurusan penyakit uveitis sejak 1998. Beliau juga memberi latihan doktor pakar oftalmologi tempatan khususnya dalam bidang uveitis.
- Pada 2005, Prof Muhaya dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Khas Terunggul (Special Distinguished Service Award) oleh Akademi Opthomologi Asia Pacifik (APAO) sempena Kongres APAO ke-20 yang diadakan di Kuala Lumpur.
- Kini beliau adalah Perunding Pakar Bedah Mata selain menyandang jawatan Ketua Pusat Mata dan Lasik di Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- Pengerusi Persatuan Doktor Mata Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association Ophthalmological Society).
- Selain oftalmologi, Prof Muhaya mempunyai minat yang mendalam dalam menyampaikan ceramah motivasi. Beliau sering diundang sebagai penceramah pada minggu orientasi di PCMC. Topik kegemaran beliau adalah Perwatakan Berkesan. Prof Muhaya juga sering diundang untuk berceramah kepada mahasiswa fakulti perubatan di UKM, IIUM dan USIM.
- Wajah Prof Muhaya juga sering kelihatan di kaca televisyen berkongsi pengetahuan beliau dalam berbagai penyakit mata di saluran TV1, TV2 dan TV3. Selain itu, pada 2005 beliau menerbitkan bukunya dalam bahasa Inggeris bertajuk How to become a good and successful medical student.
15 comments:
assalamualaikum prof....
saya ingin bertanya bagaimana hendak menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan beragama...???maksud saya bagaimana caranya untuk saya seimbangkan kedua-duanya skali...???
-diyana-
Assalamualaikum Dr. Tahniah di atas anugerah yang telah diberikan oleh Allah. Moga akan terus menabur bakti kepada Agama bangsa dan negara. Moga impian kejayaan dunia dan akhirat akan diperoleh dengan keikhlasan yang dimiliki. Insya Allah. Ustaz yang dengar dalam rancangan TV3.
Salam Satu Malaysia..Sekalung Tahniah Buat Dr., Segala Jasa dan Budi akan mendapat Ganjaran di dunia dan di akhirat..InsyaAllah..
Salam Prof,
Saya ingin bertanya adakah had umur untuk lasik dan had power kacamata?
Terima kasih
assamualaikum doktor...nama saya mohd muiz....sy ingin tanya,,ibu sy mendpt penyakit di bahagian mulut...sudah agak lama dia mengalami penyakit ini...mulutnya agak susah untuk makan,cakap,...sudah brubat di hospital malah dia telah mencuba perubatan tradisional sekali tetapi penyakitnya tetap juga diketahui....doktor boleh agak apa agaknya penyakit mak sy ni....??hmm...
Assamualaikum..ayah saya mengidap penyakit kencing manis yg agak kronik sehigga menjejaskan penglihatannya.Dia dah tak ceria seperti dulu lagi.Sebagai seorang anak,saya sangat risau keadaan ayah saya.Pada pendapat Dr apakah rawatan yg Dr cadangkan terbaik untuk ayah saya.Sekian,terima kasih -Suhaimi
Assalamu"alaikum prof..
pertama kali saya terpandang prof dikaca tv adalah kerana saya tertarik dengan baju yg prof gayakan...saya mula mengikuti perkembangan prof sehinggalah siaran terbaru SERASI BERSAMA.. siaran di radio IKIM pun saya tak lepaskan juga...kerana dari pada baju, penampilan dan lontaran bicara prof itu..maka prof lah IDOLA saya....satu hari nanti saya nak sangat jumpa ngan idola saya ni...time tu dia sebagai doktor mata saya pulak....nak tanya sikit boleh...kat mana boleh saya dapat baju yang macam prof pakai tu....saya nak hadiahkan pada mak saya...yg juga sanagt minat dengan prof...kami saling memberi info seandainya prof bersiaran kat tv ataupun radio...kerana saya di johor..mak saya kat perlis...
Assalamualaikum Prof.,
Saya sentiasa berminat mendengar ceramah motivasi Prof. diTV2 atau mana2 rangkaian. Ia sangat mudah difahami serta relevan dengan kita sebagai org Islam.Saya ingin cadangkan supaya Prof. mengeluarkan CD/VCD ceramah Prof. pula. Moga Allah terus mencucuri rahmatNya atas usaha Prof.
assalamualaikum, saya ingin bertanya kepada dr, bapa saya sudah hampir 12 tahun rabun.bolehkah dr tolong mengubatinya.???
seronoerita org org baca kisah orang orang alim ni...amin..moga diri ku bersemangat seperti ini
Saya baru mengenali Prof di kaca tv pada pertengahan 2011.Pendekatan Prof amat berkesan-dgn suara yg lemah lembut,bahasa yg mudah dan penuh santun dan sgt merendah diri.Kalau boleh, sy ingin menghadiri acara2 yg Prof kendali,misalnya program di tempat terbuka..please email me
roslinashahir@yahoo.com
mas......
salam prof, tahniah di atas pencapain cemerlang.....saya ingin bertanya, saya seorang MO di KKM, saye sukakan kerjaya saya sebagai seoran doctor walaupun pada mulenya bukanla kerjaya pilian saya......
1)bagaimana saye bole menjadi dr yg cemerlang dan ikhlas dalam merawat pesakit sedangkan kadangkala kite x diharai ( complaints)
2) why u choose opthal instead of other specialty....any miracle thing....i plan to furter study in opthal but im afraid
TQ.....
Salam semua,
saya berumur 55 tahun mempunyai kerabunan 600+ jauh dan dekat. Alhamdulillah, baru saja menjalani LASIK di PPPC pagi tadi dan kini dapat melihat dengan sempurna. Rawatan yang begitu mudah tanpa kesakitan dan cepat, satu mata laser dalam masa 53 saat saja. Semuanya selesai tak sampai 10 minit. Tapi ujian pemeriksaan mata mengambil masa lebih 3 jam menngunakan lebih dari 10 peralatan. Memang berbaloi.
Perempuan ini ahli syurga
InshaAllah
Post a Comment