Thursday, October 8, 2009

Terimalah atau Tolaklah Pelawaan Dengan Niat dan Cara Yang Baik


Salam semua.

Selamat Hari Raya untuk semua!.

Anda tahu apa yang saya rasa bila lama saya tak berblog? Em rasanya bersalah sangat. Tapi tak apalah asalkan saya terus menulis lagi.
Jadi apa khabar semua? Saya doakan semua sihat. Untuk pengetahuan semua, kandungan saya kini berusia 35 minggu. Bermakna lagi 3 minggu atau 4 minggu lagi saya akan mengadap doktor bersalin. Doakan ek. :D

Bila saya bertukar kerjaya menjadi peneman anak sepanjang hari di samping kerja sampingan lain di hujung minggu, saya banyak menonton kartun bersamanya. Pilih yang mana elok untuk mereka.
Salah satu kartun yang saya suka menonton bersama mereka ialah Handy Manny di Channel Disney Playhouse Channel, saluran 613 di Astro.

Ianya mengisahkan watak kartun Handy yang bekerja sebagai tukang kayu dan pembaik peralatan rumah. Taglinenya ialah :" You broke it, We fix it. " Best. Kerjasama antara tukang kayu bersama 8 peralatannya (termasuk pensil) bekerja dengan baik sekali dengan semua jiran mereka.

Antara jiran kedai Handy Manny ialah En Lopart, pemilik kedai coklat dan lolipop. Dia mempunyai seekor kucing bernama Fluppy. Comeeelll . Hehehhe.

En Lopart ini wataknya seorang yang suka buat kerja sendiri tanpa mahu menerima pandangan orang lain atau pertolongan orang lain. Dan cara penolakannya terhadap tawaran Handy (yang selalu menawarkan diri untuk menolongnya untuk membuat sesuatu perkara) dengan perasaan yang agak yakin bahawa dia mampu melakukannya sendiri dan dia tahu semuanya. Sedangkan apa yang dia cuba lakukan adalah bukan di dalam kepakarannya. Contoh: Dia mahu membina tempat/rak meletak lolipop yang banyak di luar untuk promosi. Handy tahu bahawa binaannya lemah dan menawarkan untuk menolong. Dengan yakinnya En Lopart mengatakan bahawa dia mampu buat sendiri. Handy hanya bersikap biasa sahaja dan mengucapan selamat kepadanya.
Selepas Handy berlalu, rak tersebut jatuh dan lolipop berselerak dengan banyaknya.Apa yang saya dapat ringkaskan dari watak ini, dalam hidup kita ada watak kita yang kadang-kadang kita rasa bongkak dengan sikap kita yang merasakan kita tahu semua perkara. Hingga orang lain yang mahu menolong kita dengan ikhlas dianggap tidak perlu. Akhirnya kita yang rugi.

Oleh kerana itu, kita harus bersikap berlapang dada, minda dan sikap. Sekiranya orang lain menawarkan pertolongan kepada kita, cubalah meraikan tawarannya dan terimalah dengan hati yang ikhlas. Atau sekiranya kita benar-benar tidak dapat menerima pelawaanya, tolaklah dengan niat yang baik tanpa ada rasa bongkak. (Ini terpakai kepada pelawaan orang yang kita kenal, terkecuali sekiranya penawaran oleh orang asing, ditakuti ditipu).

Oleh itu, dalam berkomunikasi banyak perkara harus dihalusi dan diteliti. Semua ini adalah untuk kebaikan diri kita dan kesan daripada pembawaan diri kita.

Harap dapat memberi manfaat untuk hari ini.
Jom tengok kartun lagi !. :D

Hingga berjumpa lagi. Salam Eidul Fitri. Maaf Zahir Batin.

Muna.