Wednesday, November 5, 2008

Doalah dulu..:)

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh, Hi semua!

Dah makan ke? Minum? Sudah tunai kewajipan yang ada? Eloklah begitu.:)

Nak keluar mana2 ke selepas ni? Sudah berpakaian baik? Kalau segalanya sudah, syukur alhamdulillah. Tapi adakah sebelum kita melakukan perkara-perkara seharian, adakah kita biasa melafazkan doa? Adakah doa selalu di bibir comel kita? Memohon perlindungan daripada Yang Maha Esa daripada segala kejahatan jin dan manusia?

Pernah tak anda menonton cd cerita kanak-kanak Indonesia mengenai kisah "Ahmad dan Fatimah, Doa Menghindar Dari Setan"? Memang bagus cerita itu. Jom kita hayati lirik lagu runut cerita itu di bawah ini dahulu:

Semua setan tak akan melepaskan kalian
Dari kiri kanan dari depan belakang
Setan akan datang utk menggoda kalian
Wahai semua umat manusia di dunia


Aku anak islam yang selalu riang
Tak pernah takut dan gelisah
Kerana ku yakin selalu
Allahu rabbi bersamaku


Setan sudah tahu sejak dahulu
Kerana itu mereka mengajakmu
Masuk neraka bersama mereka
Itulah tempat abadinya

Aku sudah tahu setan adalah musuhku
Kerana itu ku akan berdoa selalu
Supaya sang setan tak akan mampu
Mendekatiku dan menggodaku

Itu yang wajib kita tahu bahawa syaitan dan iblis setiap masa menganggu dan menggoda kita setiap masa dan ketika , dalam apa jua yang kita lakukan. Dari saat kita tidur hinggalah kita tidur semula hatta di dalam mimpi pun mereka boleh menggoda kita. Kerana itulah janji mereka kepada Allah untuk menggoda kita sepanjang hidup.


Doa merupakan otak bagi ibadah kita. Iaitu satu elemen penting dalam menyempurnakan keyakinan kita kepada Allah. Tahukah kita bahawa jika kita tidak berdoa, kita dikategorikan sebagai golongan yang sombong. Untuk menjadi seanggun bidadari, tidak cukup berpakaian cantik, memberi salam , senyum , berwatakan bersih tetapi menjadi sombong kepada Allah. Sombong di sini beerti kita tidak meletakkan keyakinan dan harapan kita kepada Allah Yang Maha Memberi dan Mengetahui segalanya.


Perlindungan dari Allah di dalam setiap perkara mestilah dipohon setiap masa, menunjukkan pergantungan kita kepada Allah dengan keyakinan yang tinggi dan menyedari bahawa kita tidak berupaya melakukan apa pun tanpa pertolongan Allah dan keizinanNya. Di dalam Surah Al-Fatihah, "Iyya ka na'budu wa iyya ka nasta'in" - Kepada Engkau kami menyembah dan kami memohon pertolongan . Ayat ini menunjukkan sikap rendah diri dan sifat kehambaan kita kepada Maha Pencipta Langit dan Bumi serta di antara keduanya.


Jadi, apa perlu dilakukan sebelum memulakan rutin harian kita? Yup, berdoa . Sama-sama kita praktiskan sedikit demi sedikit , lama-lama ianya menjadi kebiasaan dan sesudah itu membentuk karektor dan keperibadian serta pemikiran kita.

Boleh kita kongsi doa ini dahulu? Sebaik sahaja mata cantik and a dibuka, ucapkanlah:

"Alhamdulillahillazi ahyaana ba'da ma amatana wa ilaihinussyur. "
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah kami tidur dan kepadaNya kami kembali.

Bangunlah dengan semangat yang tinggi dan lakukan kerja kita d engan penuh keyakinan.

Sehingga itu, lafazkanlah doa, ucapkanlah salam, sedekahkan senyum, melangkah anggun ke mana sahaja anda pergi. Boleh? Pasti boleh!

Ok semua, jumpa lagi! Salam , :)




3 comments:

Anonymous said...

wah cayalah.tergerak masuk blog ni coz haritu tertengok sahabat tv9,lepas tu nak pastikan, tengok credit roll, sahlah. lama tak dengar nama ni muna izzah hehe

Anonymous said...

Salam,

Kak muna...cd Ahmad dan Fatimah tu bukan cd Indonesia la kak..tu made in Msia.....anak2 saya suka sgt tgk cd tu...dah beratus kali ulang (hari2 mesti tgk!

Ok,

Anis (masih ingat ker?..ex-iium)

Muna 'Izzah Fadzil said...

ye ker? hehe tapi akak punya indon version. hehe. baguskan cerita tu? aa hari2 depa dok ulang, sekarang ada part 2 pulak.
anis ex-iium? ok nnti bila2 kita jumpa k.

untuk aku, terima kasih.