Friday, June 26, 2009

Elokkan Gaya Duduk Kita


Salam Rejab kepada semua!

Alhamdulillah, saya kembali. Kali ini , saya akan berkongsi bagaimana cara kita duduk di dalam majlis.

Ada setengah keadaan kita melihat wanita duduk bersilang kaki, bergoyang di dalam majlis. Dan ada yang membuka kaki dengan luas.

Jadi, bagaimana caranya yang sesuai jika kita berada dalam majlis yang meletakkan kita di barisan hadapan? Sekiranya kita memang berhadapan dengan tetamu di atas pentas (dalam konteks majlis rasmi), seeloknya kita duduk dengan kaki rapat. Sekiranya kita bersilang atau membuka kaki dengan luas atau menggedikkan kaki, ianya pasti tidak menampakkan kesopanan seorang bidadari.

Gaya duduk seseorang memaikan peranan penting dalam penyampaian karekter individu. Ianya ditunjukkan adakah seseorang itu tahu menghormati orang lain di sekelilingnya atau mementingkan diri sendiri dan buat halnya sahaja.

Contoh: Di dalam masjlis rasmi , kita eloklah membetulkan cara duduk kita dengan merapatkan kaki diserongkan ke kiri atau ke kanan. Ianya menunjukkan kesopanan dan cara hormat kita kepada orang yang kita bertemu itu. Dan ia menunjukkan formal dan rasminya pertemuan itu.
Namun sekiranya kita bersilang kaki dan dinaikkan atau dicongetkan ke atas tambah pula menggoyang-goyangkan kaki, apakah rasa orang di depan kita? Pastinya tidak selesa dan tidak menunjukkan keperibadian kita.

Seandainya kita di kalangan adik beradik, sahabat baik atau rapat atau saudara mara kita yang kita boleh bergaul mesra, bolehlah kita duduk dengan cara apa NAMUN tetap bersopan dan sedap dipandang, JANGAN pula diangkat kaki atas kepala pula!. :D. Diceritakan ketika Rasul kita berbual dengan Saidina Abu Bakar dan Umar, baginda berbaring menunjukkan betapa rapatnya hubungan merekan, namun apabila Saidina Uthman datang, baginda duduk membetulkan pakaian dan berbual dengan Uthman. Mereka rapat cuma baginda menghormati Uthman yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan amat bersopan. Begitulah kita perlu tahu dengan siapa kita berkomunikasi dan berjumpa agar perbualan menjadi selesa. Dan apa yang ditunjukkan kepada kita oleh Rasul adalah baginda menyesuaikan diri dan caranya berdasarkan apa yang baginda kenal siapa mereka.

Sekiranya kita penat di dalam sesuatu majlis, tidak mengapa sekiranya kita menggerakkan kaki kita namun tidak perlu dinampakkan jelas. atau kita boleh meminta izin sekejap atau bangun untuk ke luar tempat itu untuk merehatkan badan, dengan cara yang baik.

Cara duduk yang salah juga kadang-kadang boleh mendedahkan kita kepada risiko bau kaki kita. Sekiranya diayun ke sana sini, tidak mustahil, ada yang terbau kaki kita sekiranya kaki atau stoking tidak bersih.

Begitu juga di meja makan, cara duduk kita harus tegak dan tidak menyenget ke kiri kanan. Kedudukan badan kita harus dijaga namun harus selesa, iaitu menjadi diri sendiri namun perbaiki cara agar kita tidak dinampak pelik atau mengganggu orang lain.



Jadi berjaga-jaga selalu!

Salam kasih, Muna.

Monday, May 18, 2009

Cara Jalan Kita , teratur atau bersepah?

Salamullahi alaikum dan Salam sejahtera ,

Pheeww, akhirnya menulis juga Muna 'Izzah setelah berfikir-fikir bila nak mula balik. Dan dalam terfikir nak susun balik, apa yang patut dikongsi, saya mulakan chapter baru dengan gaya langkah kaki anda. :)

Pernah terfikir tak, bagaimana kita berjalan? Ada tak orang tegur kita, eh awak jalan cantik la atau aduh , bersepah jalan. ? Ya, ada kedua2nya. Kadang-kadang kita dapat kedua2nya.

Berjalan, satu nikmat Allah yang dikurniakan kepada makhluk bernyawa kepada manusia dan haiwan. Saya ingin berkongsi bagaimana cara berjalan yang baik bagi wanita yang menggambarkan keanggunan wanita dan tips dalam Islam.

Pertama untuk kita memperbaiki jalan kita, bagi mereka yang sukar untuk berjalan dengan elok, latihan boleh menolong kita. Dan antara yang menolong adalah kasut yang bertumit sedikit (yang sesuai dengan kesihatan kita) akan menampakkan jalan kita teratur, walaupun kita dalam keadaan berjalan cepat.

Mudah sahaja untuk membuat latihan. Sekiranya kita berjalan atas tiles yang berkotak, cuba berjalan mengikut kotak yang lurus dan aturkan pergerakan kita agar tidak terkeluar dari kotak tersebut. Latihan berterusan akan membuahkan kesempurnaan.

Berjalan tegak, jangan membongkok. Pilih kasut yang sesuai dengan kita agar tidak terpelecok atau membongkok.

Elakkan dari mendongak . Pengakuan dari hati, saya seorang yang asal2 jenis berjalan mendongak, tetapi bila mengetahui bahawa mendongak itu tidak baik, maka dengan latihan, alhamdulillah, saya dapat elakkan dari terlalu mendongak. Memang nampak sombong.

Elakkan daripada jalan terlalu membuka atau besepah iaitu melangkah dengan besar dengan sengaja. Ianya akan membuatkan kita kelam kabut dan hilang anggunnya.

Dalam kita berjalan itu, dalam membentuk peribadi anggun, berjalan bermakna kita memerhati dan memikir. Dalam berjalan kelembutan tetapi bersegera (bukan lambat melampau atau terhegeh-hegeh), kita wajib memerhati keadaan sekeliling dan mempelajari apa yang berlaku di sekeliling kita.

Sekurang-kurangnya apabila meilhat kita berjalan, biarlah orang di sekeliling kita tidak terkhayal dengan kita tetapi memahami kita amat menghargai masa dan tidak ada peluang untuk menghabiskan masa yang ada.

Sekian, berjalanlah dalam kesederhanaan dan penuh rasa rendah diri kepada Sang Pencipta kita sambil mulut kita memuji keindahan ciptaanNya.

Jumpa lagi. Salam sayang!

Monday, April 27, 2009

Berita NIG'09 dari www.tvpas.com

Salam kasih dan selamat sejahtera,

Setelah berhempas pulas mengerah tenaga, Nisa Malaysia bersama Nisa Shah Alam dalam menganjurkan Nisa Indoor Games, berbaloi rasanya melihat liputan berita dari antara media yang hadir memberikan sokongan . Saksikan. Terima kasih atas doa dan sokongan.


Wednesday, April 22, 2009

LOGO NIG dan PETA JALAN KE DEWAN JUBLI PERAK


Tuesday, April 21, 2009

JOM RAMAI-RAMAI KE NISA INDOOR GAMES 2009


Assalamualaikum dan Hi Kawan2!!!

Masih ingat apa yang kita selalu main ketika kecil? Permainan seperti congkak, batu seremban, snake & ladder , dam dan sebagainya sentiasa

bermain di kotak fikiran.

Namun adakah generasi muda kini mengenali

permainan-permainan ini?

Seronoknya main dan tentunya anda ingin mengulanginya kembali...

Jika dulu pada tahun 2007, kita ada NISA' Games di Kota Bharu,

Kini, mari sama-sama meriahkan Nisa’ Indoor Games 2009 (NIG 2009) di Shah Alam,

dengan sama-sama datang sebagai penonton atau peserta.

Maklumat program seperti berikut :-

:: Tarikh & Hari ::

Sabtu, 25 April 2009

:: Masa ::

7.30 pagi – 6.45 petang

:: Tempat ::

Dewan Jubli Perak,

Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

:: Anjuran ::

Nisa’ Malaysia

Semua dijemput hadir.

Jom sama-sama meriahkan

Thursday, April 2, 2009

Tips seterusnya- Islam adalah satu cara hidup- : Dengan Orang Lain dan Diri Sendiri

Salam semua dan selamat sejahtera.

Sebaik sahaja disahkan mengandung, secara automatiknya saya sudah tidak mampu melihat laptop. kepala rasa pening dan rasa seperti hendak muntah, loya,, aahhhh peliknya rasa ini setelah lapan tahun tidak merasainya. Sehinggalah hari ni, alhamdulillah saya sedikit pulih dan cuba menulis semula.

Jadi inilah sambungan daripada tips kehidupan Islam sebagai satu cara hidup. kali ini dari segi Kehidupan kita bersama orang sekeliling dan diri sendiri. Jom baca, dan cuba amalkan !.

DENGAN ORANG LAIN
:

25. Hubungi lah selalu keluarga, eratkan silaturrahim.

26. Ucapkan lah kata-kata yang baik kepada semua orang. Kata-kata positif, kerana ianya akan membentuk persekitaran yang baik kepada semua orang.

27. Maafkan semua orang yang pernah menyakiti kita dan sesungguhnya kemaafan itu dianjurkan oleh Allah dan Rasul. Bukan senang untuk memaafkan orang lain, kerana ianya berkaitan dengan ego kita. Namun ingatlah ketika ego kita itu memuncak, ingatlah bagaimana pemaafnya rasul ketika baginda menyupakan dengan lembutnya makanan kepada pengemis yahudi yang buta , yang terang-terang menghina baginda.
28. Luangkan masa dengan mereka yang berumur lebih 60 tahun dan kanak-kanak yang di bawah umur 6 tahun, kerana mereka lebih dahagakan kasih sayang dan perhatian.

29. Cubalah untuk jadikan 3 orang di sekelliling anda untuk senyum hari ini.

30. Biarkan lah orang nak fikir apa pun pasal kita, kerana tidak semua orang dapat kita puaskan hati TETAPI elakkan dari menyakiti orang lain.
31. Ingat ketika sakit, siapa yang akan ziarah anda,? Kerja anda atau teman anda. Jadi Stay in touch.

KEHIDUPAN:


32. Lakukan perkara-perkara yang betul.

33. Jauhkan dari perkara yang tidak berfaedah
34. ALLAH Penyelesai segala. Sandarkanlah segala harapan kepada Nya.
35. Baik atau buruk sesuatu perkara, ianya akan pasti berubah jua.
36. Apapun perasaan anda sekarang, bangunlah dan berpakaian rapi , dan terus ke depan. Itulah keyakinan diri anda.
37. Yang terbaik akan datang jua pada anda. Yakinlah !

38. Ucapkanlah syukur kepada Allah ketika anda bangun tidur kerana Allah masih memberi anda pernafasan dan kehidupan.

39. Jiwa anda perlukan kebahagiaan dan keceriaan. Jadi? Ceriakan hidup anda!

Wednesday, February 25, 2009

Sedikit dari tips dari keseluruhan Islam -cara hidup yang sempurna- BAHAGIAN 2 - PERSONALITI

Salam , berjumpa lagi. Em baru-baru ini, saya menghadapi masalah upload gambar di blog, membuatkan saya menangguhkan penulisan. Tidak sepatutnya begitu, namun saya mengakui itulah kelemahan saya apabila apa yang saya hendak, tidak ada, maka perkara lain yang saya nak lakukan ditunda juga. Saya berusaha untuk melakukan perubahan itu. ").



Jadi saya sambung kembali TIPS mengenai sebahagian daripada kehidupan Islam untuk bekalan kita menjadi bidadari di dunia dan akhirat.

Pada posting yang lepas, kita kongsi mengenai kesihatan, jadi sepertimana yang telah dijanjikan, pada posting kali ini adalah personality.

Personaliti:

11. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Ini kerana hidup dan perjalanan mereka pasti berlainan dengan kita, dan kita tidak tahu apa yang telah mereka hadapi.

Belajarlah untuk mensyukuri apa yang kita ada. Kerana Allah amat sayangkan orang-orang yang pandai berterima kasih dan bersyukur kepadaNya.


12. Jangan befikiran negatif terhadap sesuatu perkara di dalam apa2 pun benda yang di luar kawalan kita. Tumpukan tenaga untuk perkara-perkara positif yang berlaku sekarang.

Bersangka baiklah terhadap Allah. Iaitu berfikir positif dengan apa yang ada pada kita. Kerana Allah menjadikan sesuatu perkara , tidak sia-sia.


13. Jangan terlebih buat atau terlebih2 dalam sesutau perkara. Bersederhanalah.

Islam amat menganjurkan kesederhaan.


14. Jangan serius sgt. :D


15. Jangan buang masa kita dengan hal-hal gossip dan bercakap mengenai orang lain. Dalam erti kata lain. Jangan mengumpat.

Mengumpat itu seperti memakan daging orang yang kita umpat itu- Huraian dari sabda nabi.

16. Bermimpilah banyak di dalam nyata dari alam mimpi . Iaitu bercita2 dan mencapainya.

17. Cemburu itu membuang masa kita . Sebenanya kita sudah punya segala apa yang kita perlu.

Namun cemburu dibenarkan dalam membuat kebaikan dan mengejar ilmu.


18. Perkara yang lepas , lupakanlah. Janganlah kita mengingatkan pasaangan atau kawan-kawan kita mengenai perkara atau kesalahan yang lepas, kerana ianya akan merosakkan kebahagiaan kita sekarang.


19. Hidup ini terlalu pendek utk membenci orang lain. Jangan bazirkan masa yang ada dengan membenci orang lain.


20. Redzalah dengan apa yang perkara yang sudah anda tempuhi. Jangan jadikan kesedihan yang lepas menganggu hidup kita sekarang.

21. Diri kita yang berhak menentukan kita hendak bahagia atau tidak . Di dalam surah – ar’rad ayat 11 yang bermaksud :” Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.

22. Sedarilah bahawa hidup ini adalah seperti sekolah di mana masalah adalah kurikulum yang akan berubah setiap masa. yang penting adalah, pengajaran berkekalan yang didapati untk bekalan sepenjang hidup ini.

23. Bergembiralah dan ceria dengan seyuman dan ketawa yang baik.


24. Tidak perlu untuk menang dalam segala hal, cubalah utk bersetuju dalam perkara yang anda sendir tidak bersetuju. Bermakna, dalam setengah perkara, kita perlu mengalah. Kebenaran tetap akan datang. Dan berani lah utk mengaku kesalahan yang kita lakukan.

Ok , kita jumpa lagi!!!

Salam & have a nice day. :)