Monday, May 18, 2009

Cara Jalan Kita , teratur atau bersepah?

Salamullahi alaikum dan Salam sejahtera ,

Pheeww, akhirnya menulis juga Muna 'Izzah setelah berfikir-fikir bila nak mula balik. Dan dalam terfikir nak susun balik, apa yang patut dikongsi, saya mulakan chapter baru dengan gaya langkah kaki anda. :)

Pernah terfikir tak, bagaimana kita berjalan? Ada tak orang tegur kita, eh awak jalan cantik la atau aduh , bersepah jalan. ? Ya, ada kedua2nya. Kadang-kadang kita dapat kedua2nya.

Berjalan, satu nikmat Allah yang dikurniakan kepada makhluk bernyawa kepada manusia dan haiwan. Saya ingin berkongsi bagaimana cara berjalan yang baik bagi wanita yang menggambarkan keanggunan wanita dan tips dalam Islam.

Pertama untuk kita memperbaiki jalan kita, bagi mereka yang sukar untuk berjalan dengan elok, latihan boleh menolong kita. Dan antara yang menolong adalah kasut yang bertumit sedikit (yang sesuai dengan kesihatan kita) akan menampakkan jalan kita teratur, walaupun kita dalam keadaan berjalan cepat.

Mudah sahaja untuk membuat latihan. Sekiranya kita berjalan atas tiles yang berkotak, cuba berjalan mengikut kotak yang lurus dan aturkan pergerakan kita agar tidak terkeluar dari kotak tersebut. Latihan berterusan akan membuahkan kesempurnaan.

Berjalan tegak, jangan membongkok. Pilih kasut yang sesuai dengan kita agar tidak terpelecok atau membongkok.

Elakkan dari mendongak . Pengakuan dari hati, saya seorang yang asal2 jenis berjalan mendongak, tetapi bila mengetahui bahawa mendongak itu tidak baik, maka dengan latihan, alhamdulillah, saya dapat elakkan dari terlalu mendongak. Memang nampak sombong.

Elakkan daripada jalan terlalu membuka atau besepah iaitu melangkah dengan besar dengan sengaja. Ianya akan membuatkan kita kelam kabut dan hilang anggunnya.

Dalam kita berjalan itu, dalam membentuk peribadi anggun, berjalan bermakna kita memerhati dan memikir. Dalam berjalan kelembutan tetapi bersegera (bukan lambat melampau atau terhegeh-hegeh), kita wajib memerhati keadaan sekeliling dan mempelajari apa yang berlaku di sekeliling kita.

Sekurang-kurangnya apabila meilhat kita berjalan, biarlah orang di sekeliling kita tidak terkhayal dengan kita tetapi memahami kita amat menghargai masa dan tidak ada peluang untuk menghabiskan masa yang ada.

Sekian, berjalanlah dalam kesederhanaan dan penuh rasa rendah diri kepada Sang Pencipta kita sambil mulut kita memuji keindahan ciptaanNya.

Jumpa lagi. Salam sayang!