Monday, November 24, 2008

Berita yang menyentuh hati nurani..

Salam dan Hi!

Saya mendoakan semua di sana sihat. Sambil mendengar lagi Rindu (sebuah lagu yang menyanyat hati yang kami dapat dari Manajemen Qolbu, Indonesia , mengenai rindunya pada Rasul), mata saya bergenang membaca dua berita ini. Entah kenapa hati saya tersentuh membacanya.
Saya kategorikan kedua berita ini sebagai berita yang menyentuh hati saya.
Satu berita mengenai pemergian Aznil Hj Nawawi yang akan berangkat ke Mekah dan satu lagi pernikahan Corrie Abdullah.
Segala hidayah Allah tiada siapa mampu mengahalang. Sayunya saya rasa. ;(
Doakan agar kita semua agar Allah menetapkan iman kita dan hidayahNya berkekalan hingga ke syurga, Ameen.

Kuasa cinta pandang pertama

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my


CORRIE diijab kabul oleh imam, Shafie Ibrahim di Masjid Zahir, kelmarin.

Corie tidak ambil masa lama untuk memperisterikan Fazima selepas berkenalan dalam masa singkat

Dari mana punai melayang

Dari sawah turun ke kali

Dari mana datangnya sayang

Dari mata turun ke hati


KUASA cinta pandang pertama memang tiada siapa mampu dapat menafikannya. Sekali panahan asmara menusuk ke dada, jiwa tambah bergelora lantas meyakinkan diri

Adam Corrie Lee Abdullah dan Fazima Mohamed Fuad.

untuk menjadikan si dia, sebagai teman hidup hingga ke akhir hayat.

Itulah juga yang dirasai pereka tari serta pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah saat dirinya dipertemukan dengan isterinya, Fazima Mohamed Fuad, Ramadan lalu. Hasil sebuah perkenalan yang diatur rakan, disulami dengan pertemuan demi pertemuan untuk majlis berbuka dan bersahur, lantas membenihkan perasaan cinta sehingga Corrie tidak perlu menunggu terlalu lama untuk melamar Fazima menjadi suri hidupnya.

Bukan saja cantik dan sempurna di mata Corrie, malah sifat penyayang yang dimiliki pereka grafik ini berjaya membuka pintu hati Corrie untuk menamatkan zaman bujangnya.

"Alhamdulillah saya bersyukur kerana akhirnya saya kini bergelar suami. InsyaAllah, saya akan berusaha menjadi suami yang baik dan sempurna buat Fazima. Walaupun

usia perkenalan kami agak singkat namun saya akur pada ketentuan jodoh. Ada juga pasangan yang bertahun-tahun menjalinkan hubungan namun tidak juga berkahwin. “Jadi saya reda dengan apa yang ditakdirkan untuk kami. Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menjadikan Fazima isteri adalah dia seorang yang amat memahami kerjaya saya. Tidak penah rasa cemburu.

“Walaupun ada kala saya sibuk di lokasi sehingga lewat pagi, dia tak pernah mengganggu saya dengan menelefon atau menghantar SMS. Malah, dia juga tidak pernah menyoal saya dengan siapa saya berlakon atau bila saya akan habis shooting.

"Itupun, apabila shooting habis lewat, saya yang hantar SMS padanya untuk memberitahu situasi ketika itu. Dia membalas mesej itu dengan menyuruh saya berehat kerana dia sedia maklum, saya pasti penat untuk diajak berbual. Tindakannya itulah yang cukup menyentuh hati saya," kata Corrie yang masih berada di Alor Star, ketika dihubungi Hip semalam.

Tambah Corrie, pertemuan itu terjadi barangkali kerana tuhan ‘menjawab’ doa yang dimohonnya di Raudah sewaktu menunaikan umrah tidak lama dulu.

"Selepas berdoa, saya bermimpi dipertemukan jodoh dan tidak lama kemudian, saya diperkenalkan dengan Fazima. Itulah kuasa tuhan," ceritanya lagi.

Biarpun kini bergelar suami serta bakal menjadi ketua keluarga namun bagi Corrie, dia tidak mahu menjadi suami yang tipikal yang mengharapkan si isteri melakukan semua tugas rumah tangga.

"Saya memilih dia sebagai isteri kerana keperibadian yang dimilikinya bukan kerana dia pandai masak atau sebagainya. Saya lebih senang berkongsi melakukan

tugas rumah tangga bersama isteri. Gelaran suami bukan bererti saya hanya pandai memerintah, mengarahkan isteri melakukan itu, ini untuk saya.

“Itu bukan cara saya. Saya lebih pentingkan persefahaman, perbincangan dalam melayari alam rumah tangga," kata bekas pereka tari program realiti Akademi Fantasia ini.

Corrie yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007, sah menjadi suami Fazema dengan akad nikah disempurnakan Imam Masjid Zahir, Shafie Ibrahim, kira-kira jam 5 petang,

Jumaat lalu dengan mas kahwin RM80 beserta wang hantaran RM7,000.

Pihak lelaki juga turut memberikan tujuh dulang hantaran yang dibalas lima dulang.

Mengenai perancangan berbulan madu, Corrie berkata perkara itu masih belum dapat diputuskan lagi.

"Bagaimanapun kami merancang menunaikan umrah April depan. Selepas itu baru kami akan memikirkan destinasi untuk berbulan madu," ujar Corrie yang turut mengharapkan dikurniakan sepasang cahaya mata secepat mungkin.

Memandangkan majlis pihak perempuan diadakan di Alor Star, maka menurut Corrie tidak ramai rakan artis yang hadir untuk memeriahkannya.

"Yang datang pun cuma krew drama Katsarin yang saya turut berlakon di dalamnya sebagai second lead. Itupun kebetulan mereka ada shooting di Chaglun serta bekas pelajar saya, Farhan yang datang bersama keluarganya. Manakala majlis di sebelah saya pula akan diadakan di Dewan Komuniti AU 2 pada hari Ahad depan, 30 November.

“Masa itu nanti saya akan undang semua rakan artis dan pihak media," cerita Corrie dalam nada teruja.

Sementara itu, Fazima ketika ditanya sebelum ini apakah yang membuatkan dirinya terpikat pada Coore menjelaskan dia tertarik dengan sifat suaminya itu termasuk pengetahuan mendalamnya terhadap Islam.

"Saya lihat dia memang berminat mendalami Islam serta banyak mempraktikkan ilmu yang dipelajarinya dalam kehidupan hariannya. Antaranya berdoa sebelum makan selain banyak menceritakan pengalaman yang diperoleh sekembali daripada mengerjakan umrah,"cerita Fazima.

No comments: