Salam dan Hi!
Apa khabar semua? Harap semuanya sihatlah hari ni ya. Bestnya hujan, alhamdulillah. Sejuk sgt dan nyaman. :D. Ketika ini kalau minum milo ais dan baca buku, bahagianya. :)
Sepertimana di awal penulisan saya, setelah saya berbincang dengan suami dan adik ipar saya, Fadzli Yusof (Dikmat) dan isterinya Nik Nur Zakuan, apa yang patut saya tulis untuk blog dan buku saya (angan-angan). Jadi, mereka tanya pada saya apa yang saya minat dan apa yang mengganggu saya dalam pergaulan seharian. Saya jawab yang menjadi perhatian saya adalah bagaimana cara kita terutamanya wanita bergaul dan membawa diri di depan khalayak dan berkomunikasi dengan orang. Lantas Dikmat mencadangkan saya menekankan perkara begini dalam blog, apabila saya menceritakan betapa saya terganggu dengan mereka yang kadang-kadang tidak peka dengan cara pergaulan dan komunikasi, di antaranya cara senyum , lirikan mata dan lain-lain. Dikmat, thanx atas analisis anda. :)
Jadi itu fokus saya dan saya harap semuanya ini dapat saya sendiri praktiskan dalam kehidupan seharian saya sebab kalau saya pernah terganggu dengan orang lain, mereka pun mungkin pernah terganggu dengan saya tanpa saya sedar. Saya berharap dengan recap minda dan pemikiran apa tujuan saya menulis, ianya dapat memberikan manfaat bersama. Dan apa yang saya mahukan seterusnya adalah saya dapat mengadakan kursus pembawaan diri dan personaliti seanggun bidadari kepada sesiapa yang memerlukan.
Jadi, jom mulakan sama-sama2. :)
Terima kasih sekali lagi pada mereka yang menyokong saya selama ini. Salam.

~Muna 'Izzah Dato' Haji Fadzil~
7 comments:
saya berharap akak dapat share pengalaman bersama Imtinan... pasti ramai yang mendapat manfaat/ilmu daripadanya... Tapi ia bukan sesuatu yang mudahkan.....
Kak, satu lagi.. boleh buat demonstrasi pemakaian tudung heheh... model kalau tuan sabki bagi, akak la.. lepas tu blurkan muka kalau malu (ye ke malu?) :-P
As!!! hehehe kau memang kenal aku.
insyaAllah, akak akan share , tq as for ur support. :)
Saya kira itu satu cadangan yang sangat bagus! Puan Muna patut mulakannya dari sekarang. Fazli Yusuf itu adakah yg menyampaikan motivasi dalam radio 24 Bernama? Saya sangat suka dengan nada suaranya yg bersemangat dan tidak seperti pakar motivasi melayu yang tipikal. Nik Nur Zakuan isterinya adalah classmate saya.
Kita hidup dalam masyarakat yang korup dari segi nilai moral dan akhlak, tiada lagi yg ideal. Kalau dulu saya dengar suara wanita adalah aurat, tetapi sekarang saya sudah kurang mendengar orang menyebutnya. Kalau dulu saya berasa pelik melihat perempuan islam memakai seluar, tetapi sekarang ianya bagaikan tidak salah apa-apa memakai seluar biarpun ketat asalkan meletakkan tudung di atas kepala. Perempuan sudah tidak malu lagi berada dalam majlis yg bercampur aduk lelaki dan perempuan, malah menumpang kereta lelaki dan duduk di sebelahnya berdua-duaan.
Saya bimbang tentang bagaimana anak-anak saya melihat dunia ini nanti, dari perspektif apa. Adakah dia akan faham Islam sebagaimana saya, atau dia akan mempunyai satu ideologi yg akan bertolak ansur dan berkompromi dengan kemodenan dan liberalisasi?
salam ziarah puan. saya klik laman ini dari blog nafastari. saya juga menyokong andai penulisan tuan berkisar tentang masyarakat terutamanya kaum wanita. semoga bertemu jaya
selamat menulis
Salam Sis Muna, sy adalah insan 'secangkir cuma' itu..
saya juga menyokong Kakak memfokuskan pada isu wanita & penampilan dari pelbagai sudut.
Tulisan sebelum ini sudah tepat & sudah menampakkan minatmu..
sy selalu akses blog2 yg isunya keluarga & kembara (saifulislam) serta isu semasa/politik..tapi kali ini sy dpt ilmu yg berlainan..teruskan ya..
(sy juga punya blog sendiri..tapi penulisan sy hanyalah memfokus diari sendiri..so, malu nak pamerkan..)
wassalam..
Post a Comment