Monday, October 27, 2008

Makluman- Pembetulan Fakta

Salam,

Merujuk kepada komen Amira dalam tulisan saya mengenai Seanggun Bidadari Sedari Kecil.

Saya mohon maaf atas salah maksud pembaca mengenai apa yang saya komen mengenai TTB.
"Kenapa dahulu saya suka TAPI kini kalau boleh saya nak elakkan anak saya dari menonton TTB?"- apa yang saya maksudkan dalam ayat ini dan tulisan berikutnya, sememangnya saya tidak menyokong rancangan tersebut tetapi penggunaan bahasa saya mungkin agak lembut dan ingin membina perubahan positif dalam penulisan menyebabkan apa yang saya tulis disalahertikan.

Untuk pengetahuan Amira, saya tidak suka anak-anak menonton TTB, kerana SEKARANG makin banyak aksi keterlaluan yang dilakukan oleh anak-anak kecil seperti itu.

Jika dibandingkan konsep asalnya adalah untuk mencungkil bakat anak-anak, ianya BOLEH menjadi rancangan yang bagus sekiranya Aznil Hj Nawawi boleh membawa anak-anak itu belajar bagaimana menjadi anak-anak yang bersopan dan mengikuti jalan yang diredzai Allah dan Rasul.

InsyaAllah , sama-sama kita memberikan pandangan kepada mereka yang ada idea dan mampu menghasilkan rancangan televisyen tetapi masih kurang dari segi input atau pengisian.

Terima kasih kepada Amira dan semua pembaca. Dan mohon maaf atas penulisan saya yang mungkin berlainan dengan cara penulisan yang agak direct. Teruskan membaca dan memberi komen yang membina. Segalanya saya hargai. :)

Terima kasih.

4 comments:

Desert Rose said...

Kak Muna E-za pun memang dari dulu ban my kids from watching TTB or anything related to that man (emotional la plak). But I find the programme tak de benefit apa2 other than fun. Fun pun tak bertempat, kurang sesuai, anti climax pada penerapan nilai2 islam yg mak bapak cuba nak tanam. Unless lah mak bapak tu mg ajar anak dia gitu. I made a it a stern point not allowing my kids to watch it, and if they still want to do it behind me, I made it clear that its a dosa since u tipu ur mom, tanggung la sendiri. Alhamdullillah my kids dgn sendirinya mg dah tak minat. Mula2 je mcm teruja sebab budak2 biasa le apa yg kita tak bagi tu la yg depa teringin. Curious je. And then I bagi depa tgk and sepanjang tu I mengomen je, last2 depa pun boring....

Unknown said...

Hi Muna..

I pun tak bagi my children tengok TTB.. dulu ada terpasang kat Ceria .. tetiba my children seronok tengok TTB.. terkejut i because i tak pernah tengok and sometimes the bahasa is a bit harsh jugak... and nilai2 moral takde... sometimes TTB ajar pulak budak2 rude dgn org tua and such things... sekarang diaorang dah lupapun pasal TTB.. baik tengok Bob the Builder.. heheehheh

Unknown said...

Hi muna, Pretty favours tu i tau.. heheh: TINA YUSMAN!

Muna 'Izzah Fadzil said...

betul eza, tina. kesian anak2 kita skrg, kegersangan rancangan bagus mcm kita dulu. mmg kalau tgk tv dgn depa, kena duduk sekali dan terang pada depa ini apa , itu apa.
jom kita buat rancangan kanak2 nak? itu impian kak muna. tulis dalam buku impian.