Showing posts with label Penjelasan. Show all posts
Showing posts with label Penjelasan. Show all posts

Monday, October 27, 2008

Makluman- Pembetulan Fakta

Salam,

Merujuk kepada komen Amira dalam tulisan saya mengenai Seanggun Bidadari Sedari Kecil.

Saya mohon maaf atas salah maksud pembaca mengenai apa yang saya komen mengenai TTB.
"Kenapa dahulu saya suka TAPI kini kalau boleh saya nak elakkan anak saya dari menonton TTB?"- apa yang saya maksudkan dalam ayat ini dan tulisan berikutnya, sememangnya saya tidak menyokong rancangan tersebut tetapi penggunaan bahasa saya mungkin agak lembut dan ingin membina perubahan positif dalam penulisan menyebabkan apa yang saya tulis disalahertikan.

Untuk pengetahuan Amira, saya tidak suka anak-anak menonton TTB, kerana SEKARANG makin banyak aksi keterlaluan yang dilakukan oleh anak-anak kecil seperti itu.

Jika dibandingkan konsep asalnya adalah untuk mencungkil bakat anak-anak, ianya BOLEH menjadi rancangan yang bagus sekiranya Aznil Hj Nawawi boleh membawa anak-anak itu belajar bagaimana menjadi anak-anak yang bersopan dan mengikuti jalan yang diredzai Allah dan Rasul.

InsyaAllah , sama-sama kita memberikan pandangan kepada mereka yang ada idea dan mampu menghasilkan rancangan televisyen tetapi masih kurang dari segi input atau pengisian.

Terima kasih kepada Amira dan semua pembaca. Dan mohon maaf atas penulisan saya yang mungkin berlainan dengan cara penulisan yang agak direct. Teruskan membaca dan memberi komen yang membina. Segalanya saya hargai. :)

Terima kasih.