Saturday, October 18, 2008

Kuku Pendek, Kuku Panjang?


Salam,

Entah kenapa tiba-tiba rasa nak menulis pasal kuku. Kuku, apa kegunaannya? Untuk menggaru?Untuk mencakar? Untuk apa saja yang anda fikirkan sesuai. Tapi yang pastinya kuku diciptakan adalah melindungi isi jari hujung kita dari kecedaraan dan kekotoran.

Bentuk kuku ada yang panjang, ada yang macam cawan :) (saya lah tu), ada yang kecil dan comel dan ada yang besar empat segi. Kalau ada setengah orang tua nak memilih menantu, mereka tengok juga kuku. Ada yang kukunya melentik mengikut jarinya.


Apa yang nak saya tekankan di sini? Mestilah mengenai kebersihan dan penjagaan kuku.
Pernah berkuku panjang dan di dalamnya ada benda kotor dan hitam? Adakah dengan kuku sedemikian, kita makan nasi, makan roti dan sebagainya. Tapi ada yang kata " saya makan dengan sudu dan garfu, so tak kisahlah kuku saya panjang pun. " Ada pula yang kata, "Saya senang lindungi diri dengan kuku yang panjang ni, kalau ada orang usik cakar je muka" ;P. Betul juga ek.

Tapi, boleh kita fikir balik, kita hidup untuk apa? Mesti untuk mengabdikan diri pada Allah. Antara bukti pengabdian adalah dengan solat. Solat nak kena ada wudhu' . Air wudhu' pulak perlu kena tubuh kita termasuk jari dan tangan. Ok mungkin kuku yang panjang sikit, bila melentik2 , air masuk juga. Tapi ada yang warnakan dengan kuteks atau pewarna kuku yang kalau kena air pun tak kalis. Sah ke? Em, ini yang kita nak bincang bersama.

Ada juga yang saya pernah tengok si gadis ni ayu je. Bersopan je, sekali tengok, alamak!! kukunya panjang dan kuning-kuning sikit. Terus terbayang kalau dia makan nasi satu pinggan dengan saya. Itu ekspressi saya lah. Ada yang suka simpan kuku panjang di beberapa jari je, tidak semua jari. Kenapa ek?




Kebersihan adalah sebahagian daripada keimanan. Jadi kuku adalah sebahagian dari tangan yang merupakan anggota wudhu' yang wajib. Jadi seandainya kuku anda panjang dan bila panjang, hujungnya akan naik ke atas, jadi kekotoran akan tinggal di dalamnya. Sanggupkah makan dengan jari yang kotor? Andai kuku panjang itu dijaga rapi pun, adalah tidak anggun dan tidak nampak bersopan sebagai seorang manusia. Selalunya yang berkuku panjang siapa? Teka. :P


TIPS:
Cara Memotong Kuku:
Ada saya baca dalam email tentang cara paling baik dalam memotong kuku:
1- Kuku jari kanan bermula jari telunjuk hingga jari kelingking
2- Kuku jari kiri bermula jari kelingking hingga jari telunjuk
3- Kuku ibu jari kanan
4- Kuku ibu jari kiri

Jangan lupa jari kaki. Ya Allah, jari kaki kalau tidak dibersihkan, pasti kasut kita akan berbau. Jari kaki kecil dan harus diberi perhatian yang sewajarnya

Penjagaan Kuku:
1- Gunakan sebulan sekali kayu pengilat kuku. Tidak boleh digunakan kerap, akan menyebabkan luka dan kuku menjadi nipis.
2- Jika ada wang lebih, rawatlah kuku di spa. (manicure).
3- Inaikan jari. (untuk wanita sunat, untuk lelaki ada setengah mengatakan tidak boleh).


Kuku akan menjadi licin dan cantik serta berkilat. Daripada menggunakan pewarna kuku yang menghalang air wudhu dan memudaratkan kerana terdapat bahan kimia yang membahayakan kesihatan, ADALAH LEBIH BAIK menggunakan inai yang diciptakan oleh Allah dengan warna yang menarik dan air boleh menembusi kuku kita.

"Daripada kuku yang bersih, seluruh tubuh badan kita akan terzahir kebersihan. "

:) Sayang semua.

Jumpa lagi dan salam.



7 comments:

irsha said...

yang saya tahu dan amalkan... no 3, kuku ibu jari kiri, no4, kuku ibu jari kanan. maknanya mula dgn kuku jari telunjuk kanan dan last sekali kuku ibu jari kanan.

irsha said...

kalau kaki lak, mula dgn jari kelingking kanan dan bergerak ke kiri (last kelingking kiri)

kalau kurang tepat, betulkan amalan saya selama ini. tq tq tq

Muna 'Izzah Dato' Hj Fadzil said...

Irsha,
Terima kasih kerana berkongsi cara dan pandangan. Ya ,kemungkinan cara Irsha pun betul berdasarkan apa yang Irshad tahu. Akak fikir, yang penting kita mulakan dengan kanan pun dah bawa berkat, kan?
Thanz Irsha syer pasal bagaimana kuku kaki, serius akak appreciate.:)

nuyuljana said...

huhuhu..
bru arini taw psl ptg kuku kaki dr kelinking..
slama ni ptg mcm kuku jari..
thanks 4 the info..
semoga diberkati Allah..
=)

armouris said...

info tentang penjagaan kuku di SIHAT SELALU - Cara Penjagaan Kuku

Anonymous said...

salam readers

just nk share mengenai amalan memotong kaki mengikut urutan..sbenarnye tiada satu dalil pun mengatakan kuku mane yg harus d potong dulu..kiter byk d pengaruhi petua2 melayu yg tidak blandaskn agama islam itu sendiri..dan tidak pula mengatakan jari kanan dahulu yg harus di potong..yg ada biarlah kiter memotong jari kanan tlebih dahulu kerana setiap perbuatan yg Rasulullah buat adalah kanan di dahulukan.

wassalam

aida syahirah... said...

tq