Wednesday, March 8, 2017

Assalamualaikum wrt wbt - 8 Mac 2017 (Mak aii, lama tidak memblog!)

Semangat Julia Child!

Saya agak tertekan kebelakangan ini. Banyak perkara yang mengekang pemikiran saya. Tidak tahu yang mana satu mahu dilakukan.

Ya, ujian dan cabaran sentiasa bersilih ganti. Ia didatangkan dengan pakej kesenangan yang kita dapat rasa setelah kepayahan dilalui. Payah, memang payah ketika menghadapi saat kegetiran hidup. Namun sebagai manusia, mana mungkin kita dapat lari. Kita wajib hadapi. Bagaimana mahu menghadapinya?

Ada masa, kita menangis. Bukan ada masa sebenarnya, namun selalu!
Ada waktu, kita perlu bersendiri. Me time, orang putih kata.
Ada ketika, kita perlu support group. Kawan-kawan yang sama gila dengan kita. Dalam kegilaan mereka, ada seriusnya mereka untuk bantu dan sayang kita.
Setiap masa, pelukan. Tidak kira sama ada pelukan ibu, suami, atau adik beradik, malah anak juga.

Pagi ini, saya menonton filem kegemaran iaitu Julie & Julia, lakonan Meryl Streep and Amy Adams. Berulang kali tonton, setakat ini tidak menjemukan saya. Malah, setiap kali saya tonton, adrenalin waja seorang wanita terus hidup! Ya, ia terjadi pada saya sekarang. Fuh! Berdesup saya bangun dan siapkan diri. Maju ke pejabat!





Semangat saya pagi ini:-
1. Menulis kembali di blog seperti Julie Powel;

2. Ada benda yang merisaukan. Tarik benda-benda menggembirakan untuk hadapi semua itu.

3. Doa (pastilah kan)

4. Luahkan rasa hati tanpa ada risau. Masih waras hendaknya.

5. Cintai diri sendiri. Energetikkan semangat. (Dalam bahasa mudah, lantaklah apa pun).

6. Kembali muda (maknanya ceria, bukan sembab dan menyedihkan)

Yes, I am the happiest woman (I wish) in this world and inshaAllah in Akhirat too. My pray that all of you, who reads this, will feel the same adrenaline. Come, we conquer the world with our skill. 

Come Muna! Be the best Muna!

Hingga jumpa lagi!

1 comment:

MutiaraCintaku said...

Amin....

kuatkan semangat mu kak muna...
moga segala impian dan cita cita mu tercapai dan terus bersinar...

kami sangat merindui kak muna!

All the best! Proud of you!

Liza-Romi