Thursday, December 4, 2008

Hembusan hidung

Salam. Hello everybody!

Semalam saya call Jeebah, tanya khabar dia yang baru sebulan mengandung. Sempat dia bertanya, kenapa tak update blog lagi? Hehe saya bilang sebab saya buat posting hari serentak lebih pada 5 posting, jadi biarlah pembaca membaca semua itu dengan tenang dulu. Terima kasih la Jeebah, ambil berat mengenai Seanggun Bidadari. :D

Setelah kita berkongsi tips untuk menjadi Seanggun Bidadari mengenai:
1- Pemberian Salam;
2- Senyuman yang betul;
3- Cara bersalam;
4- Penjagaan kuku;
5- Doa;
6- Cara lirikan mata; dan
kini kita sama-sama berkongsi mengenai bagaimana HIDUNG juga amat penting dalam pembawaan seseorang dalam rutin seharian.
Hidung adalah anggota tubuh yang amat penting kerana dari hidunglah kita bernafas dan menghidu. Bagaimana kita boleh menjadi anggun dengan hidung kita? Tidak kira lah apa bentuk rupa hidung kita, samada rendah, kepek, mancung, tinggi dan panjang, kita perlu tahu sekiranya perwatakan kita seanggun mana pun, tiba-tiba, ada sesuatu dari hidung yang terkeluar, samada bulu atau alamak,, perlu ke ku sebut? ok, kumuhan hidung terkeluar, bagaimana rasa? Bak kata orang Terengganu, beghe rasa, iaitu malu.

Bulu hidung diciptakan agar dapat melindungi hidung dengan cara menapis habuk-habuk yang masuk melalui pernafasan. Dari habuk-habuk itulah terhasilnya kumuhan dan ianya perlu dibersihkan setiap hari. Bagaimana caranya kita membuang kumuhan dan perlukah di hadapan orang? Ya , jangan tak tahu, ramai yang melakukan di khalayak, dijolok-jolok hidung dalam kereta tanpa peduli orang mungkin tertengok dan juga di kedai makan, ahhh tak rela!

Begitulah gambaran bagi mereka yang tidak menjaga keanggunan diri tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Apa perlu dibuat untuk memastikan hidung kita tidak memalukan kita sekiranya tiba-tiba tanpa amaran kumuhan hidung atau bulu hidung terkeluar?

TIPS:
1- Di bilik air, waktu pagi- cuci hidung bersih, dan buang segala apa yang ada di dalam hidung.
2- Terutamanya lelaki, yang mempunyai bulu hidung panjang, sila pastikan ianya dibersihkan elok2.
3- Pastikan ianya dibersihkan selalu ketika kita semua di bilik air terutamanya setiap kali ambil wuduk.
4- Sentiasa ada tisu atau sapu tangan di dalam beg tangan yang cantik atau poket seluar.

Jadi sentiasalah beringat mengenai kepentingan hidung dalam keperibadian kita. Selepas ini mengenai Bersin pula dan cara menangani bersin. ;P

Salam & Bye!






No comments: