Salam dan A very Good Afternoon.
Berjumpa lagi. Satu lagi perkara yang saya nak kongsi sedikit lagi mengenai hidung adalah bagaimana anda mengawal diri ketika bersin.
Bagi orang bukan islam, sekiranya anda bersin, selalunya anda akan kata excuse me kepada orang lain yang berada di sekeliling anda.
Dan bagi orang islam pula, sesungguhnya kita wajib mengetahui bahawa dengan bersin, penyakit yang ada akan keluar. Dan oleh itu kita diminta dalam Islam untuk menyatakan Alhamdulillah.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’alaa anhu, Rasulullah bersabda, :
“Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa karenanya”. (Shahih Bukhari, 6223)Berjumpa lagi. Satu lagi perkara yang saya nak kongsi sedikit lagi mengenai hidung adalah bagaimana anda mengawal diri ketika bersin.
Bagi orang bukan islam, sekiranya anda bersin, selalunya anda akan kata excuse me kepada orang lain yang berada di sekeliling anda.
Dan bagi orang islam pula, sesungguhnya kita wajib mengetahui bahawa dengan bersin, penyakit yang ada akan keluar. Dan oleh itu kita diminta dalam Islam untuk menyatakan Alhamdulillah.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’alaa anhu, Rasulullah bersabda, :
Imam Ibn Hajar berkata, “Imam Al-Khathabi mengatakan bahwa makna cinta dan benci pada hadits di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadits itu. Yaitu bahwa bersin terjadi karena badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang.
Rasulullah bersabda:
Apabila salah seorang di antara kita bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum (HR. Bukhari, 6224)
Bersin adalah lawan dari menguap yaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkeluar dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan.
Oleh kerana itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaithan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh.
Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap. (Lihat Al-Haqa’iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155).
Saya selalu mendengar orang Islam yang bersin tapi hanya bangga menyebut Escuse Me..ditambah gaya seperti orang barat, apa yang saya maksudkan gaya minah/mat salleh. Boleh untuk kita sebut Excuse Me, baguslah, tapi kita wajib ingat, sebutlah dahulu nama Allah dan ucapkanlah terima kasih kepadaNya kerana memberikan kita kesihatan yang baik. dan kemudian barulah menyatakan maaf kepada orang lain kerana terpaksa bersin di hadapan mereka tanda adab sopan kita.
Cara bersin pula, sebaik-baiknya tutuplah mulut dan hidung. Janganlah kongsi habuk yang di dalam hidung kita dengan orang lain. Bak lirik lagu Barney dalam siri Barney N Friends untuk siri yang bertajuk Manners, You can share things with others but do not share things when you sneeze. Hehe , best tengok Barney, banyak nilai akhlak yang diterapkan walaupun siri itu dikeluarkan oleh orang bukan Islam. (Harap2 Uncle Aznil boleh buat siri macam Barney lepas beliau pulang dari Mekah. :) )
Bagi mereka yang selsema atau resdung, sentiasalah ada sapu tangan atau tisu (setengah mengatakan bahaya guna tisu), untuk mengeluarkan lendir dari hidung dan elakkan dari berbunyi yang melampau. Tolonglah, fahami orang di sekeliling. Kalau benar hendak berbunyi semasa mengeluarkan lendiran itu, silalah ke bilik air atau jauhlah sikit dari orang ramai. Jangan risau, kita boleh mengubah apa yang kurang dalam diri kita jika kita hendak mengubahnya dan Allah sentiasa menolong orang yang hendak berubah ke arah kebaikan.
Jadi untuk itu, jagalah hidung kita baik2 dan kesihatan hidung kerana hidup ini terasa kurangnya sekiranya tidak mampu menghidu atau bernafas dengan baik. Segalanya dari Allah jua. Sama2 kita jaga k. :)
Sayang semua!
Muna aka Mun aka Kak Muna
No comments:
Post a Comment