Musim peperiksaan sudah bermula baik dari sekolah rendah, menengah atau universiti. Didoakan kepada semua agar berjaya, terutama kepada anak-anak saudara saya dan suami yang telah mengambil PMR dan bakal SPM, anak-anak murid saya di UIA dan juga anak saya, tahun dua. :)
Baik, berbalik kepada topik kali ini, jom kita sama2 kongsi dan bercerita mengenai bagaimana sikap anak/adik kita bagi menjadi bidadari sedari kecil. Semua yang kita bincangkan sebelum ini, adakah kita semaikan kepada anak-anak kita yang masih muda umurnya?
Bila saya tonton Tom-tom Bak pada musim awal rancangan saya suka sebab ada pencungkilan bakat di situ. Dan saya suka dengan segmen Anak-anakku dalam rancangan Macam-macam Aznil yang kini segmen itu sudah ditiadakan dalam rancangan itu. Mungkin sebab ada Tom-tom Bak. (TTB)
Kenapa dahulu saya suka TAPI kini kalau boleh saya nak elakkan anak saya dari menonton TTB? Saya suka Aznil mengendalikan rancangan dan saya rasa antara hos yang saya suka adalah Aznil. Dulu, topik yangdibincangkan dan bakat yang ditengahkan adalah tepat dan tulus menjadi seorang kanak-kanak yang suci. Tetapi lama kelamaan, ianya menjadi suatu rancangan kanak-kanak yang didewasakan watak itu dengan acuan yang tidak 'anggun'.
Menyaksikan watak seorang bakal ibu yang menjerit2 dan melawan orang tua, menjadi pelakon yang seksi dan watak2 yang saya rasa majoriti ibu bapa tidak suka. Bila saya baca web FadzliYusof, beliau ada membuat survey tentang rancangan tersebut dan kebanyakan survey menyatakan mereka terpaksa kunci channel tersebut. Agak-agak sebab apa?
Sebabnya (kalau ada yang bersetuju, suarakan ya), kerana apa yang ditonjolkan akan mempengaruhi sikap dan pembawaan personaliti anak2/adik2 kita, saya takut dan sedih. Pembinaan sikap dan pengaruh kepada diri adalah refleksi apa yang mereka tonton. Memang saya risau tentang ini dan saya berdoa agar dapat bertemu Aznil untuk memberikan idea seposen dua untuk menambahbaik program tersebut.
Sukanya kita semua kalau rancangan itu dengan keletah Uncle Aznil mendidik anak2 bagaimana cara berjumpa orang tua, berjumpa cikgu, pergaulan dengan kawan2. Mungkin setengah kata "eh apa ni! tak happening la mcm ni". Apa yang tidak happeningnya, sekiranya anak2 inilah yang bakal menjadi pemimpin negara akan datang. Em fikirkan!.
Sama2lah kita didik anak/adik kita:
1- Bangun tidur-ucap terima kasih(syukur pada Allah kerana mereka masih hidup).
2- Sebelum pergi sekolah, cium tangan ibu dan ayah dan orang yang lebih tua.
3- Beradab sopan berjumpa dengan orang yang lebih tua.
4- Senyum berjumpa dengan orang. (Izz memang kena cubit kalau jumpa orang, dia masam).
5- Cara duduk (bakal dikongsi juga nanti)
6- Dan semua personaliti yang mereka akan bawa untuk menjadi seanggun bidadari dewasa.
Comel kan membayangkan kanak-kanak yang meninggal sebelum baligh akan menjadi pari-pari kecil di syurga menyambut penghuni2 syurga nanti? Jom kita bentuk diri kita dan si kecil untuk menjadi seanggun bidadari dunia.
Saya suka dengar cerita kawan baik saya Nana. Nana memang seorang gadis yang lemah lembut.Sekiranya uminya tidak mencubit dia sejak kecil kerana tidak duduk dengan tegak, dia mungkin tidak menjadi seanggun sekarang. :)
Bestkan kalau ada cerita2 dalam TV sepertimana yang saya tonton semasa kecil seperti Little House on the Prairie, Full House, Opah dan sebagainya. Saya seram tengok gazette filem Remp-It, Haru-Biru dan lain-lain yang sewaktu dengannya, lebih seram dari cerita pontianak lakonan Maya Karin.
Jadi, belajar senyum dengan anak-anak dan beri salam pada mereka. Pasti mereka akan mengikut acuan tersebut. Jumpa lagi. :)
1 comment:
Salam Kak Muna,
Membaca post kak Muna and your comments on TTB, I couldnt agree more with you.. Ternyata, saya bukan seorang yang berpendapat sedemikian..
Bila anak saya yang masuk 7 tahun menonton TTB, saya jadi risau.. lebih lagi bila dia beraksi menyanyi dan mendendangkan lagu "seksi" nyanyian Wulan (indonesia)
Kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa peka dengan keadaan persekitaran.. dengan doa dan harapan agar anak2 kita mampu menjadi perintis muslimin dan muslimah yang mencintai Allah dan RasulNya.. Agar kita semua mampu menjadi ahli-ahli Syurga; matlamat hidup kita yang sebenar benarnya..
Wallahualam
AMIRA
Post a Comment