Salamullahi alaikum. Berjumpa lagi .
Saya akan menyambung sedikit mengenai salam. Kita sudah berkongsi mengenai bagaimana menghulurkan salam.
Bagaimana sekiranya kita dihulurkan tangan yang bukan muhram dengan kita. Selalunya kebanyakan kita bersalaman dengan tujuan menjaga hati atau tidak merasa apa2. Saya sendiri yang berpegang prinisp untuk mengelak dari bersalam, terkadang menghulurkan tangan dengan spontan kerana situasi yang tidak sempat kita berfikir apa yang perlu dilakukan. Namun kebanyakan waktu, sedaya upaya saya cuba berbuat sesuatu ketika kita sengaja diuji peradaban kita.
Ketika saya chambering, firma guaman saya berdekatan dengan pejabat pesuruhajya sumpah berbangsa India. Selalu berurusan dengan beliau dan suatu hari ketika saya di dalam lif pulang dari mahkamah, beliau yang berada dalam lif menghulurkan tangan kepada saya, sedangkan sebelum ini berjumpa tidak pula berbuat begitu. Orang pula ramai dalam lif yang saya naik ketika itu. Sesungguhnya Allah itu tahu ketika itu orang yang ingin mempersendakan agamaNya, memberikan ilham kepada saya untuk menghulurkan juga tangan saya kepada dia. Tetapi, tidak dengan kulit saya, tetapi dengan berlapikkan tudung putih saya. Saya hanya tersenyum dan dia juga tersenyum dan terus berkata:” Inilah cara yang saya tidak pernah jumpa bila saya bersalaman dengan perempuan muslim. Samada mereka terus bersalam atau menolak untuk bersalam. Bayangkan orang sekeliling menyaksikan semua ini. Tapi saya tetap tersenyum di situ memikirkan dia sudah tahu bahawa kita tidak boleh bersentuh dengan lelaki yang bukan muhram, namun dia lakukan juga.
Selepas itu, dia tidak lagi bersalaman dengan saya dan dia memberitahu saya , dia menghormati apa yang saya lakukan dan dia tahu saya tidak memalukan dia dengan cara menjaga prinsip tersebut.
Apa yang saya nak katakan di sini, kadang2 antara kita, tahu yang kita tak perlu pun untuk hulurkan salam kepada sesama Islam antara lelaki dan perempuan. Bagi mereka yang bukan beragama Islam, ada setengah mereka tahu tapi ada setengah mungkin tidak mengetahui. Namun antara keperluan untuk mendidik mereka dan menjaga air muka, terpulanglah pada kekuatan kita ketika itu. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya juga pernah bersalam tanpa rela.
Berbanggalah dengan peradaban yang diajar oleh agama dan jadikan ianya satu cara hidup yang sejati dan membuatkan kita dihormati kerana menjaga semua ini. Saya kadang-kadang terharu ada ketika bermesyuarat dengan mereka yang beragama lain, mereka tidak bersalam dengan saya, sekadar menudukkan kepala tanda hormat NAMUN dalam itu, pada waktu yang sama, orang seagama kita dengan bangganya menghurkan tangan kepada kita tanda kemodenan. Fikirkan lah. Nampak remeh perkara ini bukan, tapi tidak sebenarnya. Dalam keadaan begini, saya hanya menundukkan kepala sedikit dan menyatakan maaf.
Ok, cukup dulu mengenai perkara itu, sekarang saya nak ceritakan di sini apa itu Salam Semut. Saya dengar nama salam ini ketika di dalam ESQ. perkara awal yang perlu diltekan dalam Kursus ESQ adalah mencari kawan dengan memberi Salam, senyum dan Salam Semut. Anda tahu semut? Bagaimana bila semut bertemu? Ye, berdakapan sesama sendiri. Oh ya, ini untuk diapplikasikan bagi jantina yang sama.
Konsep semut adalah bersalam dengan berlaga pipi kiri dan kanan bersilang. Orang arab sekiranya bertemu selalu melakukan salam semut ini. Dan sekarang di Malaysia, ianya sudah menjadi budaya kita jika bertemu dengan mereka yang dikenali. Ianya boleh mengeratkan lagi hubungan persaudaraan tidak mengenal kaya atau miskin, persilisihan pemikiran dan sebagainya.
Semut bertemu sentiasa dalam keadaan mesra dan berusaha untuk lebih maju. Bertanya khabar sesama sendiri, mengetahui apa yang berlaku di sekeliling dan meneruskan kerja-kerja mereka membina kehidupan bersama permaisuri semut. Kita juga harus begitu, bertemu dengan sahabat kita, bersalaman dan bertanya khabar sesama sendiri menunjukkan keprihatinan kita.
Bagaimanapun anda bersalam, yang paling penting, tiada benci di hati , tiada dendam di jiwa. Kerana sekiranya penyakit hati ada, pembawaan diri akan mencerminkan keperibadian kita.
Tips untuk hari ini: Senyum dan bersalam dengan keyakinan. J
Jumpa lagi. !
Salam
3 comments:
Bagaimana sekiranya perempuan yg menghulurkan tangan kepada lelaki? Lelaki tiada tudung untuk dilapik :)
www.afyan.com
utk jwpnnya: sekiranya lelaki itu punya IMAn (walaupun secangkir cuma) wajib bg dia utk dia tidak menyambut salam itu/elak..
rasanya&sebenarnyalah, perempuan @ yg lihat masa tu mesti lebih hormat & teruja dgn korang..itulah, indahnya ISLAM..mmg mulanya pelik @ malu sikit tp, kesan BAIK selepas itu dlm diri perempuan @ yg melihat lebih besar impaknya..percayalah…siapa lagi yg nak jaga MARUAH seorang wanita@perempuan kalau bukan mereka yg bernama LELAKI…eheh..
a good article from u kak muna, I’m ur new reader. & kenal dgn suami akak, one of penceramah jemputan kami dulu..Cuma belum sempat bertemu mata dgn kak muna ajer lg..(entah2 ada berselisih bahu, tak kenal jer kan?)..w alam
Tq anonymous. Doakan sama2 kita dapat menyumbang walau secangkir cuma. sedap ayat awak.
insyaAllah , kita jumpa nanti k. :)
Post a Comment