Friday, June 26, 2009

Elokkan Gaya Duduk Kita


Salam Rejab kepada semua!

Alhamdulillah, saya kembali. Kali ini , saya akan berkongsi bagaimana cara kita duduk di dalam majlis.

Ada setengah keadaan kita melihat wanita duduk bersilang kaki, bergoyang di dalam majlis. Dan ada yang membuka kaki dengan luas.

Jadi, bagaimana caranya yang sesuai jika kita berada dalam majlis yang meletakkan kita di barisan hadapan? Sekiranya kita memang berhadapan dengan tetamu di atas pentas (dalam konteks majlis rasmi), seeloknya kita duduk dengan kaki rapat. Sekiranya kita bersilang atau membuka kaki dengan luas atau menggedikkan kaki, ianya pasti tidak menampakkan kesopanan seorang bidadari.

Gaya duduk seseorang memaikan peranan penting dalam penyampaian karekter individu. Ianya ditunjukkan adakah seseorang itu tahu menghormati orang lain di sekelilingnya atau mementingkan diri sendiri dan buat halnya sahaja.

Contoh: Di dalam masjlis rasmi , kita eloklah membetulkan cara duduk kita dengan merapatkan kaki diserongkan ke kiri atau ke kanan. Ianya menunjukkan kesopanan dan cara hormat kita kepada orang yang kita bertemu itu. Dan ia menunjukkan formal dan rasminya pertemuan itu.
Namun sekiranya kita bersilang kaki dan dinaikkan atau dicongetkan ke atas tambah pula menggoyang-goyangkan kaki, apakah rasa orang di depan kita? Pastinya tidak selesa dan tidak menunjukkan keperibadian kita.

Seandainya kita di kalangan adik beradik, sahabat baik atau rapat atau saudara mara kita yang kita boleh bergaul mesra, bolehlah kita duduk dengan cara apa NAMUN tetap bersopan dan sedap dipandang, JANGAN pula diangkat kaki atas kepala pula!. :D. Diceritakan ketika Rasul kita berbual dengan Saidina Abu Bakar dan Umar, baginda berbaring menunjukkan betapa rapatnya hubungan merekan, namun apabila Saidina Uthman datang, baginda duduk membetulkan pakaian dan berbual dengan Uthman. Mereka rapat cuma baginda menghormati Uthman yang terkenal dengan sifat lemah lembut dan amat bersopan. Begitulah kita perlu tahu dengan siapa kita berkomunikasi dan berjumpa agar perbualan menjadi selesa. Dan apa yang ditunjukkan kepada kita oleh Rasul adalah baginda menyesuaikan diri dan caranya berdasarkan apa yang baginda kenal siapa mereka.

Sekiranya kita penat di dalam sesuatu majlis, tidak mengapa sekiranya kita menggerakkan kaki kita namun tidak perlu dinampakkan jelas. atau kita boleh meminta izin sekejap atau bangun untuk ke luar tempat itu untuk merehatkan badan, dengan cara yang baik.

Cara duduk yang salah juga kadang-kadang boleh mendedahkan kita kepada risiko bau kaki kita. Sekiranya diayun ke sana sini, tidak mustahil, ada yang terbau kaki kita sekiranya kaki atau stoking tidak bersih.

Begitu juga di meja makan, cara duduk kita harus tegak dan tidak menyenget ke kiri kanan. Kedudukan badan kita harus dijaga namun harus selesa, iaitu menjadi diri sendiri namun perbaiki cara agar kita tidak dinampak pelik atau mengganggu orang lain.



Jadi berjaga-jaga selalu!

Salam kasih, Muna.

3 comments:

Anonymous said...

TQ kak muna...miz u...

Muna 'Izzah Fadzil said...

tinta murabbi liza, i mis u toooooooo

Anonymous said...

(^_~)v
hope dapat join DTR coti ujung taun if takde kelas...salam...