Friday, July 24, 2009

Cantik bukan setakat di wajah, tetapi lebih daripada itu- Social Beauty







Salamullahi alaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua? Semua mesti kata. Alhamdulillah , I'm good ! Dan semua mesti senyum dulu. Haa, dah cantik . Ok kita sambng cerita kita lagi.

Cantik. Sebuah perkataaan yang semua makhluk di dunia ni suka, hingga kucing pun mahukan perkataan itu diberikan kepadanya. :). Cantik , beautiful atau jamilah merupakan satu perkataan yang sinonim kepada wanita. Untuk lelakinya ialah Handsome, Kacak atau Jamil.

Cantik diilihat dari sudut kaca mata seseorang adalah sesuatu yang fleksibel dan berubah2. Ianya tidak sama. Namun ada juga semua orang akan melihat sesuatu itu cantik atau seseorang itu cantik, tetapi adakah semua orang suka? Persoalan itu perlu anda jawab sendiri.
Contoh: Anda melihat seseorang selebriti itu wajah cantik, tetapi kenapa kenapa tidak suka padanya? (Gambar kan seseorang yang anda rasa dia ada rupa tetapi anda tidak suka padanya).

Setelah bayangkan itu, fikir kenapa anda tidak suka pada dia? Ya , jawapan ada pada anda.

Dan contoh kedua, bayangkan seseorang tidak punya wajah yang begitu cantik atau biasa-biasa sahaja, tetapi anda suka berkawan dengan dia/beliau, dan tertarik hati padanya? Fikirkan jawapan dan jawab pada diri sendiri.

Ya, ada sesuatu perkara yang lebih dari perkataan cantik yang mana hati dan minda kita berkawan dengan dia lebih pada rupa parasnya. Inilah dipanggil "Social Beauty" (SB). Mungkin umum sudah tahu perkara ini, tetapi terma Social Beauty ini saya dapat dari Puan Ainon, CEO PTS Publication Sdn Bhd. ketika kami sama-sama jadi panelis untuk Forum Cantik Di Mata, Cantik Di Hati. Berbicara mengenai SB ini sangat menarik.

Apabila kita mempunyai ilmu atau kepandaian dari seseorang itu, kita akan lebih terserlah perwatakan dari seorang lagi yang mungkin kurang ilmu dari kotak mindanya.

Kajian dibuat ke atas dua keping gambar. Gambar A ialah gambar seorang jururawat dan gambar B ialah gambar doktor, yang mana mereka memakai baju biasa dan bukan baju kerja. Keduanya sama cantik. Majoriti besar memilih gambar doktor yang paling cantik dari gambar jururawat. Ini adalah keputusan kajian yang menunjukkan kelebihan ilmu pengetahuan atau skill seseorang itu boleh memberi lebih tarikan dan pesona seseorang.

Cantik sahaja tanpa ada tarikan lain dipanggil dead beauty. Hanya setakat itu sahaja cantik dari kaca mata seseorang. Tetapi tiada perkataan lain kepadanya seperti menarik atau charming, menawan atau gorgeous.

Kita mungkin tidak memiliki rupa paras seperti sesiapa yang kita suka, TAPI kita boleh dan mampu menjadi cantik lebih dari dia. Dan itu perlukan motivasi diri yang tinggi dan ilmu, serta perawakan atau personaliti yang tinggi. Contoh, budi bahasa atau akhlaq kita yang akan menentukan kita disukai setiap masa dan tidak menjemukan orang lain terhadap kita.

Sikap kita mestilah juga seanggun bidadari. Apa yang saya kongsi di dalam blog ini adalah untuk kita mempunyai Social Beauty ini. Kalau kita cantik sahaja, tetapi depan orang kita mengorek hidung, adakah kita akan didekati atau dijauhi? Fikirkan.

Cara berkomunikasi, berfikir, meletakkan idea, pengalaman hidup semua itu menjadikan kita lebih menarik. Ianya meliputi:
a- Akhlaq
b- Pemikiran bijak
c- Ketenangan diri
d- Kecantikan dalaman / spiritual /Hati yang bersih

Kadang-kadang kita melihat ibu-ibu kita yang mungkin pendidikan tidak setinggi orang sekarang, namun kenapa mereka begitu nampak tenang dan cantik serta menyejukkan hati? Ini kerana segala pengalaman hidup serta budi bahasa yang dipraktikkan begitu menampakkan keaslian cantik mereka walau tiada secalit make -up pun di wajah mereka.

Begitulah juga kita hendaknya baik lelaki mahupun perempuan. Jadilah kita secantik bidadari dengan cara kita yang menawan untuk kebaikan agama dan masyarakat. Alat kecantikan atau pembedahan plastik mungkin mampu mengubah fizikal kita (tetapi dalam Islam, mengubah secara kekal dengan niat mengubah wajah tanpa sebab perubatan adalah haram ), namun, semua itu tidak mampu memikat hati sesiapa. Gambar The Beauty and The Beast yang saya letak di sini adalah satu contoh animasi yang meletakkan budi bahasa sebagai sebab Tuan Puteri yang cantik (The Beauty) jatuh cinta kepada Si Hodoh (The Beast).

Cukup dulu setakat ini perkongsian saya kali ini. Harap dapat memberi manfaat kepada saya dan anda semua.

Salam kasih,

Muna.
24 Julai 2009






2 comments:

Hakimah said...

Salam,
sy setuju dgn k.muna. cikgu sy penah ckp
"beauty is in the eyes of beholder"(kalo x silap)...
syukran atas input yang bermanafaat...

Shaharuddin Othman. said...

salam.

Islam itu indah.cantik dan segalanya adalah ketentuan ilahi yang mencipta segalanya bumi dan langit.
Biarlah keindahan itu pada hati dan juga segalanya agar hidup kita selalu diberkatiNya..
Birlah cantik dari segala tingkah laku,kebersihan hati,ini paling utama.