Hai semua. Harap semua sihat.
Ya, blog ini dicipta bersama suami saya yang sangat suka saya menulis selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja baru-baru ini.
Ya, blog ini dicipta bersama suami saya yang sangat suka saya menulis selepas saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja baru-baru ini.
Berat hati untuk meninggalkan karier sebagai pegawai pematuhan di sebuah syarikat takaful utama, tetapi saya memilih untuk menjadi teman setia anak-anak dan kini semestinya laptop. Hmm penulisan adalah satu bidang yang sangat mengujakan saya. Saya memilih untuk berkongsi pengalaman mengenai personaliti dan pembawaan diri sebagai remaja, wanita, isteri, ibu serta mereka yang berkerjaya di pejabat ataupun dari rumah.
Seanggun bidadari bukanlah hanya pandangan luar atau kasar yang membuat penilaian kecantikan dari fizikal tetapi melangkaui pandangan itu. Bidadari adalah makhluk Allah yang amat cantik yang akan menemani para suami di syurga sana, NAMUN, harus diingat bahawa ketua bidadarinya adalah para isteri solehah atau isteri yang taat dan baik kepada suaminya. Apa kata sekiranya kita berlatih menjadi bidadari dunia dahulu? :)
Gemar pada benda yang cantik tapi tidak mahu yang menjemukan, itulah suara hati blog ini.
Jadi kita akan berbicara mengenainya lagi dalam posting yang akan datang. Jumpa nanti.
Salam.
Bye.
Gemar pada benda yang cantik tapi tidak mahu yang menjemukan, itulah suara hati blog ini.
Jadi kita akan berbicara mengenainya lagi dalam posting yang akan datang. Jumpa nanti.
Salam.
Bye.
3 comments:
Assalamualaikum...
Salam Ziarah. Teruskan menulis kami membaca. Kami sekeluarga menyanjungi perjungan Almarhum Ayahanda Muna. Masukkanlah artikel dalam myKedah kat sini.
http://www.mykedah.org/artikel-dan-dokumentari/118.html?task=view
Tulislah lagi tentang beliau sebagai pengajaran dan inspirasi perjungannya kepada generasi sekarang dan akan datang.
Wallahualam
Ummu,
Terima kasih kerana menyokng.InsyaAllah, akan teruskan perjuangan rasululah dan ayahanda. akan cuba melalui penlisan.
terima kasih...:)
salam...
great start... biar sedikit..tapi berterusan...dan punya isi:)
alf mabruk
Post a Comment