Wednesday, August 6, 2008

Hi! Hello ! Salam!

Salam semua, berjumpa lagi.


Selalunya kalau kita berjumpa dengan kawan-kawan, kita akan teruja dan penuh dengan keseronokan. Wajah tersenyum riang dan memeluk sesama sendiri . Apa yang kita ucapkan?


“Hi!! Apa khabar? Ataupun Hey!! You look great today!..dan sebagainya. Namun ada pernah kita lupa untuk ucapkan satu ayat yang memberikan satu makna yang amat mendalam dalam kehidupan seharian dan akan menjadi satu doa untuk kita dan sahabat kita?


Itulah perkataan Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Atau terjemahannya Salam Sejahtera ke atas kamu semua bersama kasih sayang Allah dan berkatNya.


Ya, saya sendiri kadang-kadang lupa untuk mengucapkannya, apatah lagi bila kita berada dalam keadaan semua ber Hi dan berBye bye sesama sendiri. Tidak ada salahnya pun berkata begitu tapi eloklah ucapkan dulu salam. Mungkin kadang-kadang kita merasakan “em kolot la bagi salam-salam ni”. Pernahkah anda semua berasa seperti anda seorang saja yang pelik bila anda memberi salam kepada seiapa yang anda kenali ? Sekiranya ada, kenapa merasa begitu? Adakah kerana persekitaran atau tidak biasa mengucapkannya atau sudah merasakan diri sudah berada di kalangan elit dan glamour? (sekadar bertanya).


Dalam solat, di dalam pengucapan tahiyyat pertama dan akhir, kita akan mengucapkan Assalamualaika ayuhhan nabi yuwarahmatullahi wabarakatuh. Siapakah yang memberi salam itu? Dan kepada siapakah salam itu ditujukan? Pengucapan itu diucapkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw semasa baginda naik ke langit bertemu dengan Allah dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Dan Rasul menjawab Assalamualaina wa 'ala ibadillahis solihin. Maksudnya Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba yang soleh. Itulah doa seorang nabi yang amat kasih kepada umatnya. (Tersentuh hati ini bila mengetahui perkara ini di dalam satu training ESQ. Terima kasih kerana menyampaikan cerita ini.)


Pengucapan selamat sejahtera di atas, jika diappikasikan dengan mengetahui tujuan salam itu diberikan amatlah besar ertinya bagi sesama kita kerana itulah bentuk kasih sayang yang diluahkan yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.


Kita mendoakan keluarga, saudara, sahabat dan sesiapa yang di sekeliling kita dengan satu doa dan pengharapan agar Allah memberikan satu rahmat dan kasih sayang. Salam itu akan berpanjangan sepanjang hari dan akan disambung serta diperlebarkan lagi di alam maya ini, maka sejahteralah persekitaran kita dan kehidupan kita ini.

Andai kita tahu makna Salam itu, tidaklah kita merasa kekok untuk memberi salam yang sempurna dan mendapat jawapan doa yang sempurna apabila sahabat kita menjawab, Wa'alaikumussalam warrahmatullahi wabarakatuh. (Ke atas kamu juga selamat sejahtera bersama kasih sayang Allah serta berkatNya). Dan juga andai kita tahu rahsia di sebalik ucapan salam yang sempurna, maka tidaklah kita mengucapkannya atau menulis sms begini “selemekum, Akum, semekum,, dan lain-lain yang biasa kita dengar. J


Secebis tips untuk memudahkan : Ucapkanlah atau tulislah Salam sahaja atau Salamullahi alaika (untuk lelaki seorang) atau Salamullahi alaiki (untuk perempuan seorang) atau Salamullahi alaikum (untuk semua).Mulakan dengan yang dekat dengan kita, pasti akan sampai yang jauh di sana, Ameen.


Salamullahi alaikum.

p/s: Salam sahajakah? Tunggu selepas ini. Jumpa lagi. :)

4 comments:

dhuat79 said...

Ibuk Muna juga punya blog sih?

-dhuat

Naim Jalil said...

Wahh... sudah menulis sekarang. TAHNIAH... beritau As nanti, mesti dia suka nak komen :)

kim salam kat ki, is & im...

Anonymous said...

assalamu'alaikum (lihat ku memulakannya dgn salam, tandanya penulisan akak terkesan di hati!)

selamat dtg ke dunia blog. selamat menjadi blogger. semoga istiqamah, jgn hangat2 taik ayam yeee... :-)

salam sayang..

p/s: jemput masuk web saya ye

Anonymous said...

Assalamualaina wa 'ala ibadillahis solihin. saya diajarkan supaya bagi salam ni juga bila masuk rumah kita masa tiada orang di dalam.