Saturday, January 28, 2012

Pentauliahan sebagai Konsultan Imej Bertauliah - Muna 'Izzah Fadzil & Salwa Fadzil

Pada 9-13 Januari 2012 yang lepas, dua orang konsultan Seanggun Bidadari telah menjalani 5 hari kursus intensif sebagai Profesional Konsultan Imej. Kusrus yang dianjurkan oleh Training Cube dan disampaikan oleh pengasasnya iaitu Puan Mary Anni, seorang perunding imej yang hebat dan fokus dengan kerjayanya.

Kursus ini dijayakan oleh 14 perunding imej dan etika yang mempunyai konsultan yang menjalankan kursus, bengkel dan khidmat nasihat mengenai imej, personaliti dan fesyen.

Pada tarikh akhir kursus iaitu 13 Januari 2012, 14 peserta ini telah ditauliahkan sebagai Perunding Imej Bertauliah (CIC) yang mengiktiraf ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ada pada setiap mereka.

Dengan pentauliahan ini, Seanggun Bidadari akan meneruskan lagi usaha membina personaliti anggun bakal bidadari dan pasangannya di dunia ini sebelum melangkah menjadi penghuni syurga yang sentiasa muda dan cantik.

Ya Allah, kau kurniakanlah kami kekuatan dan petunjuk yang benar setiap masa dan detik kami sebagai hambaMu, amin Ya Allah....

2 comments:

Yanaam said...

Tahniah. Semoga berjaya membina imej yang positif kepada Islam dan pendokongnya.

Unknown said...

BANTUALAH MASJID AL SOLEHIN YANG SEDANG TENAT
SILA HULURKAN BANTUAN DARI SEGI MORAL DAN PERUNDANGAN.

KISAH PENGHINAAN TERHADAP MASJID AL SOLEHIN DAN AHLI KHARIAHNYA DIKULAIJAYA
www.karamsingwali.blogspot.com
tolong share..bantu kami selamatkan al solehin..