Bertemu lagi. Hari ini bertarikh 27 September 2006, bermakna lagi 4 hari untuk kita menyambut Aidil Fitri. Selalunya kita akan berkunjung ke rumah sanak saudara, menziarahi pusara dan menghadiri undangan rumah terbuka dan sebagainya.
Dengan berpakaian cantik, wajah tersenyum ceria dan tidak lupa memberi salam dan ucapan tahniah Aidil Fitri, tangan dihulur tanda persahabatan dan kasih sayang.
Tangan dihulur.. Satu perkara yang mungkin orang terlepas pandang. Bagaimana cara bersalam dengan betul dan bersopan dan siapa yang perlu disalam. Bagi orang islam, sudah pastinya ada yang mengambil berat mengenai muhram dan bukan muhram.
Bagaimana anda selalunya bersalam? Ada beberapa senario atau suasana yang membuatkan cara bersalaman berbeza.
1- Di keraian, kenduri rumah terbuka dan sewaktu dengannya- Dua tangan di hulur bersama. Mata bertentang mata, bagi menyatakan keihklasan ketika bersalam. Yang muda tunduk mencium tangan yang lebih tua.
NAMUN ada setengahnya mungkin adat sesebuah negeri, cara bersalam hanya menggunakan satu tangan sahaja, sedangkan tangan yang satu lagi diletakkan di perut.
NAMUN ada setengahnya mungkin adat sesebuah negeri, cara bersalam hanya menggunakan satu tangan sahaja, sedangkan tangan yang satu lagi diletakkan di perut.
2- Di pejabat atau program korporat- Dipanggil Berjabat Tangan atau Shake Hand. Tangan digoncang sedikit, mata masih bertentang tanda hormat dan perkenalan.
3- Tunduk memberi hormat seperti orang Jepun.
4- Berbentuk salam tetapi meletakkan satu tangan di awal bahu bersilang seperti orang Thailand.
Bagi kategori pertama di atas yang menggunakan satu tangan, mungkin itu sudah menjadi kebiasaan atau budaya sesebuah negeri itu tetapi di dalam Islam, cara pergerakan tubuh kita amat penting ketika kita bertemu seseorang. Bersalaman adalah perkara yang mudah dan ringan dilakukan. Meskipun ianya mudah dilakukan janganlah amalan bersalaman itu dilakukan secara acuh tak acuh sahaja, bahkan hendaklah dibuat dengan menghadapkan muka ke arah orang yang diajak bersalaman, dengan diiringi senyuman dan muka manis, di samping mendoakannya agar mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu Wataala.
Bersalam dua tangan menunjukkan kemesraan antara individu yang bersalam. Tangan erat menggenggam tangan kenalan menunjukkan betapa dia diingati dan dihargai.
"Daripada Abi Zar Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepadaku: Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun kecil, walaupun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu."*
Ada setengahnya hanya bersalam hujung jari, seolah tidak sempat untuk bersalam . Cuba letakkan diri anda dalam keadaan menerima salaman dengan cara begitu. Fikirkan ya..
Bagaimana Islam mengajar umatnya bersalam?. Telitikan dalil di bawah:Bersalam dua tangan menunjukkan kemesraan antara individu yang bersalam. Tangan erat menggenggam tangan kenalan menunjukkan betapa dia diingati dan dihargai.
"Daripada Abi Zar Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepadaku: Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun kecil, walaupun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu."*
Ada setengahnya hanya bersalam hujung jari, seolah tidak sempat untuk bersalam . Cuba letakkan diri anda dalam keadaan menerima salaman dengan cara begitu. Fikirkan ya..
*Di antara cara yang boleh membina hubungan baik sesama manusia ialah dengan bersalam-salaman, firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nisaa' ayat 86 yang tafsirannya:
"Apabila kamu diberi hormat (salam) maka balaslah hormat itu dengan cara yang lebih baik lagi, atau menjawab sepertinya. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu."
Bersalaman ini boleh mengeratkan silaturahim di antara satu dengan yang lain. Apatah lagi bersalaman dengan berjabat tangan adalah amalan yang amat dituntut oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sebagaimana hadis Baginda Rasululllah Sallallahu Alaihi Wasallam yang berbunyi:
"Sesungguhnya seorang mukmin apabila berjumpa seorang mukmin, lalu dia memberi salam kepadanya serta berjabat tangan dengannya maka gugurlah dosa-dosa seperti gugurnya daun yang kering." (Hadis diriwayatkan oleh Iman At-Tabarani).
Ucapkanlah salam dan berjabat tanganlah dengan sempurna kerana kita akan mendapat pahala kebajikan, seperti yang dijelaskan dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Imran bin Al-Hussin Radiallahuanhu, katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lalu ia mengucapkan: Assalamualaikum... kemudian Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membalas salam orang tadi lalu duduk terus bersabda: 'Sepuluh'. Maksudnya pahalanya dilipatkan sepuluh kali� selanjutnya datang pula orang lain lalu ia mengucapkan: Assalamualaikum Warahmatullah� kemudian Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam membalas salam orang itu lalu duduk lagi dan bersabda: 'Dua puluh' maksudnya pahalanya dilipatkan menjadi dua puluh kali� seterusnya ada pula orang lain datang, lalu mengucapkan: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kemudian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membalas salam tersebut, lalu terus duduk bersabda: 'Tiga puluh' maksudnya pahalanya dilipat gandakan menjadi tiga puluh kali."
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Ahzab ayat 44 yang tafsirannya:
"Sambutan penghormatan yang akan diberikan Tuhan kepada mereka semasa menemuinya ialah ucapan salam (selamat sejahtera) dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia."
Ok, kita praktiskan sedikit ya seperti di bawah:
Tips :
**
1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah.
Bow at 90 degrees
2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam.
Clutch hand of the person you are greeting with both hands
3. Sengetkan kepala ke kanan sedikit untuk mendapat feel yang lebih.
Tilt head to slightly the right for maximum “feel”
4. Mulut cium tangan perlu dimuncung lebih kurang 1 inci.
Purse lips to kiss approx 1 inch
Boleh mulakan dari sekarang? Kalau tidak biasa, jadikan kebiasaan. Practice makes perfect.
Kita bersambung lagi!
(* & **- rujukan web Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei& Syafiza Wikinomics)