Salam semua,
Sudah 4 bulan saya tidak menulis. Dihambat kesibukan berpindah ke Kulim, mengawal emosi tidak menentu di sana dan akhirnya kembali ke KL , merupakan satu suasana yang membuatkan saya mengabaikan Seanggun Bidadari kesayangan saya ini. Di dalam kereta di pagi ini sambil menunggu kedai Salma dibuka dan melayan lagu di Sinar FM, saya mengambil kesempatan untuk menulis melalui telefon. Teknologi membantu kita di mana saja asalkan digunakan dengan baik dan bermanfaat untuk orang lain.
Seanggun Bidadari(SB) sudah didaftarkan secara rasmi di Suruhanya Syarikat Malaysia. Dan saya mengambil pendekatan untuk mendampingi masyarakat dengan penulisan dan perkongsian ilmu di dalam pembangunan diri menjadi seorang yang cantik di luar dan di dalam. Serta SB melebarkan minat pemiliknya untuk merangkumi pakej cantik fizikal dan rohani, SB menawarkan pilihan alternatif dalam pemilihan telekung yang insyaAllah memudahkan wanita Islam memakai ketika solat. Juga sebagai bidadari dunia, skill dan kemahiran perlu diperlengkapkan kepada seorang 'lady' yang punya pelbagai keistimewaan untuk ditawarkan kepada mereka yang berhak. SB memilih untuk berkongsi ilmu di dalam pemilihan pemakanan yang lazat dan sihat agar lengkap fizikal kita untuk lebih sihat dan bertenaga dalam menjalankan ibadat kepada Yang Maha Esa dan sebagai bidadari solehah di dunia ini. SB juga cuba menggalakkan pembacaan untuk penjagaan minda dan intellektual kita sebagai manusia yang punya kekurangan dan kelemahan dan dengan ilmu, kita mampu untuk bertindak lebih wajar dan praktikal.
Begitulah SB bergerak sepanjang diamnya blog ini. Pelbagai pengalaman menarik dan ilmu untuk dibaca, insyaAllah akan dilontarkan dan dicernakan di canaian penulisan blog ini. Bersama anda semua kita bersama-sama menjadi bidadari terbaik sebelum kita rebut untuk menjadi ketua bidadari di syurga. Walau diri punya banyak dosa namun hati kita wajib meyakini bahawa Allah itu menerima segala taubat kita dan meredhai pembersihan hati kita setiap masa dan ketika, hingga berjumpa lagi. Wassalam. ;)