Friday, June 10, 2011

Adab di dalam majlis-bahagian pertama.

Salamullahi alaikum dan selamat pagi. Mata masih belum mengantuk, jadi saya terus menggunakan waktu yang indah ini untuk mengepos satu tulisan di sini. Oh ya, kini blog ini sudah berdot.com ;). Terima kasih kepada sahabat saya RBA Wahab (www.ramble and wander.com) yang memaksa saya menukar ke dot.com. 

Kali ini saya secara ringkasnya, saya akan berkongsi tips yang menarik dan juga perkara-perkara yang perlu diketahui jika berada di dalam majlis. Untuk siri pertama ini, kita akan cuba mengubah perlakuan kita yang kadang-kadang kita tidak perasan atau memang disengajakan. 

Untuk majlis yang melibatkan pendengaran kita iaitu kita berada di situ untuk mendengar seperti ceramah atau pengisian, kita mesti peka dan menumpukan perhatian kepada yang memberi ceramah atau pengisian. 

Sebenarnya sebagai penceramah atau penyampai, beliau akan rasa terganggu dan kurang konsentrasinya bila melihat orang di depannya pun sibuk bercakap-cakap sesama mereka tanpa menghiraukannya. Perangai yang sebegini amat melanggar akhlak sesama manusia. Secara tidak langsung, perbuatan itu menyinggung perasaan yang sedang memberikan ucapan. 

Sebaiknya ikutilah tips di bawah ini:
1. Tumpukan perhatian dengan sebaiknya apa yang disampaikan.
2. Tuliskan point atau apa saja yang didengar.
3. Memberikan respon dengan apa yang ditanya oleh penceramah atau memberikan soalan yang baik sekiranya ada sesi soal jawab.
4. Sekiranya bertanya, elakkan soalan yang remeh atau peribadi atau memalukan penceramah atau orang lain.
5. Sekiranya mengantuk, bangunlah secara tertib dan angkat tangan sedikit menunjukkan pohon izin untuk keluar sebentar. Tidak perlu tunggu respon daripada penceramah.
6. Memberikan tepukan sekiranya ada point yang bagus.
7. Kawal cara duduk kita agar nampak tertib dan elakkan cara duduk yang kasar dan tidak beradab.

Sekiranya kita terfikir untuk melakukan bising di dalam majlis, seketika sebelum melakukan itu, bayangkan sekejap dan rasakan perasaan sekiranya kita diperlakukan begitu. ;)

Rasulullah sangat menjaga adab sekiranya berada dengan orang lain yang berbual di depannya. Bergembiralah kita dalam meneruskan adab yang diajar oleh rasul tercinta sebagai tanda kita amat menghormatinya serta menjaga kesucian akhlak. 

InsyaAllah, kita akan bertemu lagi di bahagian kedua, Adab di dalam majlis. 

Terima kasih , semua. Barakallahu lakum. ;)

Muna 'Izzah Dato' Fadzil
9 Jun 2011.

Saturday, January 22, 2011

Di manakah 4 bulan ini?

Salam semua,
Sudah 4 bulan saya tidak menulis. Dihambat kesibukan berpindah ke Kulim, mengawal emosi tidak menentu di sana dan akhirnya kembali ke KL , merupakan satu suasana yang membuatkan saya mengabaikan Seanggun Bidadari kesayangan saya ini. Di dalam kereta di pagi ini sambil menunggu kedai Salma dibuka dan melayan lagu di Sinar FM, saya mengambil kesempatan untuk menulis melalui telefon. Teknologi membantu kita di mana saja asalkan digunakan dengan baik dan bermanfaat untuk orang lain.

Seanggun Bidadari(SB) sudah didaftarkan secara rasmi di Suruhanya Syarikat Malaysia. Dan saya mengambil pendekatan untuk mendampingi masyarakat dengan penulisan dan perkongsian ilmu di dalam pembangunan diri menjadi seorang yang cantik di luar dan di dalam. Serta SB melebarkan minat pemiliknya untuk merangkumi pakej cantik fizikal dan rohani, SB menawarkan pilihan alternatif dalam pemilihan telekung yang insyaAllah memudahkan wanita Islam memakai ketika solat. Juga sebagai bidadari dunia, skill dan kemahiran perlu diperlengkapkan kepada seorang 'lady' yang punya pelbagai keistimewaan untuk ditawarkan kepada mereka yang berhak. SB memilih untuk berkongsi ilmu di dalam pemilihan pemakanan yang lazat dan sihat agar lengkap fizikal kita untuk lebih sihat dan bertenaga dalam menjalankan ibadat kepada Yang Maha Esa dan sebagai bidadari solehah di dunia ini. SB juga cuba menggalakkan pembacaan untuk penjagaan minda dan intellektual kita sebagai manusia yang punya kekurangan dan kelemahan dan dengan ilmu, kita mampu untuk bertindak lebih wajar dan praktikal.

Begitulah SB bergerak sepanjang diamnya blog ini. Pelbagai pengalaman menarik dan ilmu untuk dibaca, insyaAllah akan dilontarkan dan dicernakan di canaian penulisan blog ini. Bersama anda semua kita bersama-sama menjadi bidadari terbaik sebelum kita rebut untuk menjadi ketua bidadari di syurga. Walau diri punya banyak dosa namun hati kita wajib meyakini bahawa Allah itu menerima segala taubat kita dan meredhai pembersihan hati kita setiap masa dan ketika, hingga berjumpa lagi. Wassalam. ;)