Wednesday, February 25, 2009

Sedikit dari tips dari keseluruhan Islam -cara hidup yang sempurna- BAHAGIAN 2 - PERSONALITI

Salam , berjumpa lagi. Em baru-baru ini, saya menghadapi masalah upload gambar di blog, membuatkan saya menangguhkan penulisan. Tidak sepatutnya begitu, namun saya mengakui itulah kelemahan saya apabila apa yang saya hendak, tidak ada, maka perkara lain yang saya nak lakukan ditunda juga. Saya berusaha untuk melakukan perubahan itu. ").



Jadi saya sambung kembali TIPS mengenai sebahagian daripada kehidupan Islam untuk bekalan kita menjadi bidadari di dunia dan akhirat.

Pada posting yang lepas, kita kongsi mengenai kesihatan, jadi sepertimana yang telah dijanjikan, pada posting kali ini adalah personality.

Personaliti:

11. Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Ini kerana hidup dan perjalanan mereka pasti berlainan dengan kita, dan kita tidak tahu apa yang telah mereka hadapi.

Belajarlah untuk mensyukuri apa yang kita ada. Kerana Allah amat sayangkan orang-orang yang pandai berterima kasih dan bersyukur kepadaNya.


12. Jangan befikiran negatif terhadap sesuatu perkara di dalam apa2 pun benda yang di luar kawalan kita. Tumpukan tenaga untuk perkara-perkara positif yang berlaku sekarang.

Bersangka baiklah terhadap Allah. Iaitu berfikir positif dengan apa yang ada pada kita. Kerana Allah menjadikan sesuatu perkara , tidak sia-sia.


13. Jangan terlebih buat atau terlebih2 dalam sesutau perkara. Bersederhanalah.

Islam amat menganjurkan kesederhaan.


14. Jangan serius sgt. :D


15. Jangan buang masa kita dengan hal-hal gossip dan bercakap mengenai orang lain. Dalam erti kata lain. Jangan mengumpat.

Mengumpat itu seperti memakan daging orang yang kita umpat itu- Huraian dari sabda nabi.

16. Bermimpilah banyak di dalam nyata dari alam mimpi . Iaitu bercita2 dan mencapainya.

17. Cemburu itu membuang masa kita . Sebenanya kita sudah punya segala apa yang kita perlu.

Namun cemburu dibenarkan dalam membuat kebaikan dan mengejar ilmu.


18. Perkara yang lepas , lupakanlah. Janganlah kita mengingatkan pasaangan atau kawan-kawan kita mengenai perkara atau kesalahan yang lepas, kerana ianya akan merosakkan kebahagiaan kita sekarang.


19. Hidup ini terlalu pendek utk membenci orang lain. Jangan bazirkan masa yang ada dengan membenci orang lain.


20. Redzalah dengan apa yang perkara yang sudah anda tempuhi. Jangan jadikan kesedihan yang lepas menganggu hidup kita sekarang.

21. Diri kita yang berhak menentukan kita hendak bahagia atau tidak . Di dalam surah – ar’rad ayat 11 yang bermaksud :” Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.

22. Sedarilah bahawa hidup ini adalah seperti sekolah di mana masalah adalah kurikulum yang akan berubah setiap masa. yang penting adalah, pengajaran berkekalan yang didapati untk bekalan sepenjang hidup ini.

23. Bergembiralah dan ceria dengan seyuman dan ketawa yang baik.


24. Tidak perlu untuk menang dalam segala hal, cubalah utk bersetuju dalam perkara yang anda sendir tidak bersetuju. Bermakna, dalam setengah perkara, kita perlu mengalah. Kebenaran tetap akan datang. Dan berani lah utk mengaku kesalahan yang kita lakukan.

Ok , kita jumpa lagi!!!

Salam & have a nice day. :)

Friday, February 13, 2009

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-10, 13 Februari 2009


Salam khas untuk suamiku yang tercinta, Ahmad Sabki Yusof.

Dengan izin Allah, kita telah bertemu jodoh . Dan dengan izin Allah jua, kita mempunyai sepasang bidadara dan bidadari yang comel.
Dan dengan itu, izinkan diri ini menjadi bidadarimu di syurga sana, dan semoga kita lebih berusaha mempertingkatkan amal ibadah kita dan budi pekerti kita setiap masa dan waktu.

Terima kasih kerana kasih sayangmu dan kesabaranmu menjagaku, I love you more and more. Alhamdulillah..

Tuesday, January 27, 2009

Tips seterusnya- Islam adalah satu cara hidup- Kesihatan

Salamullahi alaikum, Salam sejahtera, Sobahal Khair , Good Morning.

Banyaknya ucapan salam , hehhee.

Akhirnya kembali ke blog kesayangan saya. Sayangnya saya pada blog ini diibaratkan ia anak ketiga saya, tetapi kerana alasan yang sentiasa melekat di bibir kita, i.e. was busy all the time, so, tak boleh nak buat apa lagi melainkan hati kena kuat untuk menerjah ke blog setelah sebulan tidak menyumbang apa2. Perlu untuk meminta maaf kepada anda? Ya, saya rasa sangat perlu kerana hidup kita sentiasa memohon maaf kerana kita tidak bisa memuaskan hati ke semua kita.

Ilham untuk menulis ketika ini, disokong oleh alunan nasyid kontemporari lagu Mutiara Hati dari New Sakha, Tanpa CintaMu (ye ke tajuk nya?) dari Mirwana& JJ dan lain2 yang dapat mengimbangi minat aliran muzik yang mendamaikan saya. Saya mendengar muzik dari pelbagai genre samada pop, balada, instrumental, nasyid dan lain2 dengan syarat ianya dapat mendamaikan dan menenangkan hati saya.

Kembali kepada tajuk yang hendak dikongsi ini, saya mendapat e-mail dari adik ipar saya yang manja tu, Noor Aniah Azmi mengenai handbook 2009. It is interesting. Bila dibaca, ianya dapat saya kaitkan dengan ajaran Islam itu sendiri yang sentiasa sempurna dari setiap sudut kehidupan. Semua manusia samada Muslim atau bukan Muslim menerima benda yang sama dan menghargai perkara2 yang baik. Sedarkah kita, ajaran2 baik telah dibawa oleh para Rasul beribu abad yang lalu? Sebab itu saya sejak kecil hingga sekarang memang suka membaca kisah rasul dan sirah nabawiyah dan para sahabat kerana kisah2 mereka banyak membantu kita untuk berfikir jauh tentang kehidupan. Banyakkan buku sirah kepada bidadari2 kecil kita di rumah, kerana itu yang baba dan mama saya lakukan dahulu. Dan saya cuba untuk pratikkan di rumah sekarang as bedtime stories untuk bidadari dan bidadara saya dan sahabat di sekeliling.

Antara yang saya boleh syerkan dengan izin, kandungan e-mail di atas dengan terjemahan Bahasa Malaysia, walaupun saya boleh copy and paste, tetapi kerana pujukan sahabat yang sepertinya adik , Fadhlina, minta saya terangkan apa yang saya ambil informasi dari mana2 artikel, jadi saya huraikan lah seperti di bawah ini: :). Di dalam Bahasa Inggerisnya ianya lebih merujuk kepada penulisan dan praktis mereka, namun saya olahkan mengikut kesesuaian kita.

Bagi bahagian pertama ini, untuk menjadi anggun sebidadari dunia, marilah kita sama2 menjaga kesihatan fizikal dan mental kita lebih kuat untuk beribadat kepada Pencipta supaya kita mampu untuk menjadi bidadari syurga di sana, Ameen.


Kesihatan:

1. Banyakkan minum air . Dimaksudkan di sini ialah air kosong dan saya semua orang sudah tahu bahawa khasiat air adalah sangat baik kerana, ciptaan awal di dunia ini adalah air. Air mampu membuatkan perjalanan darah kita berjalan dengan baik, dan badan sentiasa lembab. Badan kita sentiasa segar dan bermaya. Jadi nak solat pun mudah, sebab badan rasa bertenaga.

2. Utamakan makan pagi dengan makanan yang berkhasiat, bersederhana untuk makan tengahari dan makan malam yang paling minimal kuantitinya.
Ini kerana kita memerlukan tenaga yang lebih ketika awal pagi untuk kita bertenaga waktu bekerja di siang hari. Dan ianya makin berkurangan ketika hari sudah hampir melabuhkan tirai siangnya, kerana badan kita perlu rehat dan tak perlu mengisarkan mesinnya untuk mengisar benda-benda berat seperti roti canai, nasi lemak apatah lagi sepuluh minit untuk masuk tidur. (Saya sendiri kena beringat, *sigh). cukuplah sebelum maghrib, makan sedikit roti dengan kacang, atau nasi . Dan sekiranya lapar sangat, kunyahlah kacang kuda rebus atau buahan2 yang penuh serat dalam jam 8-10 malam. Begitulah para nabi dan rasul yang memakan sekadarnya kerana untuk memudahkan mereka mudah bangun di tengah malam. Subhanallah...

3. Banyakkan makan buahan2 dan sayur-sayur segar dan bukannya makanan segera yang dihasilkan dari semua ini.

4. Hiduplah dengan penuh bertenaga, kesungguhan dan juga nilai-nilai kesabaran,simpati dan penuh kefahaman (Energy, Enthusiasm, and Empathy)

5. Selalu solat dan melakukan ibadat dan melakukan perkara2 yang menenagkan hati dan jiwa seperti berdoa dan berzikir.

6. Bersenam dan melakukan aktiviti bersukan. Keluarlah dengan keluarga untuk joging, main bowling, berkuda dan lain2. (saya suka naik kuda, pernah berangan nak bela kuda, tapi setakat ni pernah tunggang je lah, itu pun tunggang perlahan2). Ianya baik untuk keseimbangan badan.

7. Banyakkan membaca dari sehari ke sehari. Kerana ayat pertama pada Nabi Muhammad sallollahu alaihi wassalam adalah ayat Iqra'( Bacalah) dari Surah Al-'Alaq.

8. Bertafakur selama 10 minit untuk muhasabah diri dengan apa yang sudah dilakukan pada hari itu.

9. Tidur satu pertiga (7 jam sehari).

10. Berjalan2 sepanjang 10 -30 minit. Sepanjang kita berjalan, cubalah senyum dan buat senaman senyuman.

Begitulah antara tips yang saya suka untuk berkongsi. Dan insyaAllah saya akan berkongsi sambungan itu di posting yang lain. Jumpa lagi ya.

Salam. Senyum. Sahabat.

Wednesday, December 24, 2008

Mulut, bila dibuka, berbau enggak?


Salam untuk semua !

Apa khabar? Maaf ya lama benar saya tidak bersama anda semua di sini. Program Spies setiap minggu, alhamdulillah seronok bersama2 adik yang menjadi peserta. Ini pun baru balik dari berjumpa dengan adik2 kampus bersama Nisa. :)

Best tak tajuk di atas? Ada rasa macam tiba2 nak nganga mulut dan pekup mulut dengan tangan, kemudian bau. Itu cara kalau nak tahu mulut kita berbau ke tak?

Kenapa mulut kita berbau, walaupun kita sudah gosok gigi sampai hancur bulu berus gigi kita? Kemudian ada pula Listerine untuk menolong menghilangkan nafas atau mulut berbau? Mungkin semua sudah maklum, mulut berbau itu adalah kerana bakteria jahat yang hidup dalam perut atau mulut kita dalam tempoh yang lama atau mulut atau gusi dijangkiti kuman atau mulut kering.

Pernah kita berbual dengan seseorang, kita rasa hendak berada jauh sedikit dengan mereka? Atau pernah orang lain berbuat sedemikian pada kita? Ini mungkin kerana mulut kita berbau. Kadang-kadang bau petai, kadang-kadang bau air liur dan bermacam-macam bau. Sebenarnya kita boleh tahu apabila mulut kita berbau kerana pacaindera kita mampu mengesannya.

Jadi bila kita menyedari nafas kita berbau, apa yang harus kita buat?

1-Berus gigi setiap hari
2-Kumur dengan bahan penghilang kuman
3-Boleh mencuba dengan petua tradisional ini -(ruj:http://www.geocities.com/digitalhead2003/petua/5.htm)
Ambil 10 kuntum bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih lalu ditumbuk lumat. Gosokan ia pada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukan tiga kali sehari. Anda akan dapati, mulut anda berbau harum.
4- Minum air kosong yang dibacakan dengan Al-Fatihah setiap hari sekerap mungkin.
5-Sediakan selalu gula2 berpudina bagi mengurangkan bau mulut bila kita hendak memberi ucapan, atau menghadiri mesyuarat atau keraian.

Tidak lengkap sekiranya kita sempurna dari pemakaian, dan perawakan elok sekiranya nafas atau mulut kita berbau. Dan kadang-kadang bukan setakat mulut berbau, tetapi pernafasan juga berbau disebabkan resdung atau selsema.

Masih ingat dengan iklan gula2 getah di televisyen? Seorang jejaka hendak memlih pasangan hidup, dalam banyak2 gadis jelita, yang dipilihnya adalah gadis biasa tetapi mulut berbau segar dan bersih. :P

Jadi, begitulah perumapaannya impak mulut dalam rutin hidup kita seharian. Sama2 lah kita amalkan apa yang terbaik untuk kita.

Hingga jumpa lagi. Salam dan :)