Assalamualaikum wrt wbt - 8 Mac 2017 (Mak aii, lama tidak memblog!)
Semangat Julia Child!
Saya agak tertekan kebelakangan ini. Banyak perkara yang mengekang pemikiran saya. Tidak tahu yang mana satu mahu dilakukan.
Ya, ujian dan cabaran sentiasa bersilih ganti. Ia didatangkan dengan pakej kesenangan yang kita dapat rasa setelah kepayahan dilalui. Payah, memang payah ketika menghadapi saat kegetiran hidup. Namun sebagai manusia, mana mungkin kita dapat lari. Kita wajib hadapi. Bagaimana mahu menghadapinya?
Ada masa, kita menangis. Bukan ada masa sebenarnya, namun selalu!
Ada waktu, kita perlu bersendiri. Me time, orang putih kata.
Ada ketika, kita perlu support group. Kawan-kawan yang sama gila dengan kita. Dalam kegilaan mereka, ada seriusnya mereka untuk bantu dan sayang kita.
Setiap masa, pelukan. Tidak kira sama ada pelukan ibu, suami, atau adik beradik, malah anak juga.
Pagi ini, saya menonton filem kegemaran iaitu Julie & Julia, lakonan Meryl Streep and Amy Adams. Berulang kali tonton, setakat ini
tidak menjemukan saya. Malah, setiap kali saya tonton, adrenalin waja
seorang wanita terus hidup! Ya, ia terjadi pada saya sekarang. Fuh!
Berdesup saya bangun dan siapkan diri. Maju ke pejabat!
Semangat saya pagi ini:-
1. Menulis kembali di blog seperti Julie Powel;
2. Ada benda yang merisaukan. Tarik benda-benda menggembirakan untuk hadapi semua itu.
3. Doa (pastilah kan)
4. Luahkan rasa hati tanpa ada risau. Masih waras hendaknya.
5. Cintai diri sendiri. Energetikkan semangat. (Dalam bahasa mudah, lantaklah apa pun).
6. Kembali muda (maknanya ceria, bukan sembab dan menyedihkan)
Yes, I am the happiest woman (I wish) in this world and inshaAllah in Akhirat too. My pray that all of you, who reads this, will feel the same adrenaline. Come, we conquer the world with our skill.
Come Muna! Be the best Muna!
Hingga jumpa lagi!
Wednesday, March 8, 2017
Thursday, August 7, 2014
KURSUS IMEJ DIRI, ETIKA DAN PERSONALITI
Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Aidilfitri.
Selamat bertemu kembali di sini. Sudah lama saya tidak menyumbang apa-apa penulisan dalam blog yang banyak merubah kehidupan saya sebagai perunding imej.
Dalam posting kali ini, saya ingin memaklumkan khabar gembira berkenaan kursus imej diri dan modul yang berkaitan dengannya, kini tuan dan puan dapat menghubungi kami untuk mengendalikan kursus tersebut sama ada in-house ataupun kursus umum.
Modul yang lazim ditawarkan adalah:
1) Kursus Imej dan Keterampilan,
2) Kursus Etika Profesional dan Sosial, dan
3) Kursus Suara dan Komunikasi Persuasif. Saya akan update di sini dari masa ke masa. Apapun, saya mohon untuk maklumkan bahawa saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Semoga usaha kecil saya ini dapat menyumbang kepada kebaikan masyarakat secara umum, Amin.

Saturday, January 28, 2012
Pentauliahan sebagai Konsultan Imej Bertauliah - Muna 'Izzah Fadzil & Salwa Fadzil
Pada 9-13 Januari 2012 yang lepas, dua orang konsultan Seanggun Bidadari telah menjalani 5 hari kursus intensif sebagai Profesional Konsultan Imej. Kusrus yang dianjurkan oleh Training Cube dan disampaikan oleh pengasasnya iaitu Puan Mary Anni, seorang perunding imej yang hebat dan fokus dengan kerjayanya.
Kursus ini dijayakan oleh 14 perunding imej dan etika yang mempunyai konsultan yang menjalankan kursus, bengkel dan khidmat nasihat mengenai imej, personaliti dan fesyen.
Pada tarikh akhir kursus iaitu 13 Januari 2012, 14 peserta ini telah ditauliahkan sebagai Perunding Imej Bertauliah (CIC) yang mengiktiraf ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ada pada setiap mereka.
Dengan pentauliahan ini, Seanggun Bidadari akan meneruskan lagi usaha membina personaliti anggun bakal bidadari dan pasangannya di dunia ini sebelum melangkah menjadi penghuni syurga yang sentiasa muda dan cantik.
Ya Allah, kau kurniakanlah kami kekuatan dan petunjuk yang benar setiap masa dan detik kami sebagai hambaMu, amin Ya Allah....

Rakan Kongsi Seanggun Bidadari
Seanggun Bidadari memperkenalkan rakan kongsi SB iaitu Puan Salwa Fadzil. Beliau merupakan Peguam Shariah, Mahkamah Shariah Malaysia. Beliau juga ialah Konsultan Imej Bertauliah (CIC), Seanggun Bidadari.
Kepakaran yang dimiliki oleh CIC Salwa Fadzil ialah beliau bijak memilih pakaian yang bersesuaian yang diperlukan oleh pelanggan yang mementingkan kualiti dan pesona diri. Tangan magisnya memilih material pakaian menjadikan imej seseorang itu 'kena pada tempat' dan dalam erti kata lain, imej yang bertepatan dengan personalitinya.
Beliau menjalankan tanggungjawab sebagai grooming coach dan personal shopper bagi Seanggun Bidadari.
Semoga usaha Seanggun Bidadari sentiasa diberkati Allah, amin.
Friday, June 10, 2011
Adab di dalam majlis-bahagian pertama.
Salamullahi alaikum dan selamat pagi. Mata masih belum mengantuk, jadi saya terus menggunakan waktu yang indah ini untuk mengepos satu tulisan di sini. Oh ya, kini blog ini sudah berdot.com ;). Terima kasih kepada sahabat saya RBA Wahab (www.ramble and wander.com) yang memaksa saya menukar ke dot.com.
Kali ini saya secara ringkasnya, saya akan berkongsi tips yang menarik dan juga perkara-perkara yang perlu diketahui jika berada di dalam majlis. Untuk siri pertama ini, kita akan cuba mengubah perlakuan kita yang kadang-kadang kita tidak perasan atau memang disengajakan.
Untuk majlis yang melibatkan pendengaran kita iaitu kita berada di situ untuk mendengar seperti ceramah atau pengisian, kita mesti peka dan menumpukan perhatian kepada yang memberi ceramah atau pengisian.
Sebenarnya sebagai penceramah atau penyampai, beliau akan rasa terganggu dan kurang konsentrasinya bila melihat orang di depannya pun sibuk bercakap-cakap sesama mereka tanpa menghiraukannya. Perangai yang sebegini amat melanggar akhlak sesama manusia. Secara tidak langsung, perbuatan itu menyinggung perasaan yang sedang memberikan ucapan.
Sebaiknya ikutilah tips di bawah ini:
1. Tumpukan perhatian dengan sebaiknya apa yang disampaikan.
2. Tuliskan point atau apa saja yang didengar.
3. Memberikan respon dengan apa yang ditanya oleh penceramah atau memberikan soalan yang baik sekiranya ada sesi soal jawab.
4. Sekiranya bertanya, elakkan soalan yang remeh atau peribadi atau memalukan penceramah atau orang lain.
5. Sekiranya mengantuk, bangunlah secara tertib dan angkat tangan sedikit menunjukkan pohon izin untuk keluar sebentar. Tidak perlu tunggu respon daripada penceramah.
6. Memberikan tepukan sekiranya ada point yang bagus.
7. Kawal cara duduk kita agar nampak tertib dan elakkan cara duduk yang kasar dan tidak beradab.
Sekiranya kita terfikir untuk melakukan bising di dalam majlis, seketika sebelum melakukan itu, bayangkan sekejap dan rasakan perasaan sekiranya kita diperlakukan begitu. ;)
Rasulullah sangat menjaga adab sekiranya berada dengan orang lain yang berbual di depannya. Bergembiralah kita dalam meneruskan adab yang diajar oleh rasul tercinta sebagai tanda kita amat menghormatinya serta menjaga kesucian akhlak.
InsyaAllah, kita akan bertemu lagi di bahagian kedua, Adab di dalam majlis.
Terima kasih , semua. Barakallahu lakum. ;)
Muna 'Izzah Dato' Fadzil
9 Jun 2011.

Saturday, January 22, 2011
Di manakah 4 bulan ini?
Salam semua,
Sudah 4 bulan saya tidak menulis. Dihambat kesibukan berpindah ke Kulim, mengawal emosi tidak menentu di sana dan akhirnya kembali ke KL , merupakan satu suasana yang membuatkan saya mengabaikan Seanggun Bidadari kesayangan saya ini. Di dalam kereta di pagi ini sambil menunggu kedai Salma dibuka dan melayan lagu di Sinar FM, saya mengambil kesempatan untuk menulis melalui telefon. Teknologi membantu kita di mana saja asalkan digunakan dengan baik dan bermanfaat untuk orang lain.
Seanggun Bidadari(SB) sudah didaftarkan secara rasmi di Suruhanya Syarikat Malaysia. Dan saya mengambil pendekatan untuk mendampingi masyarakat dengan penulisan dan perkongsian ilmu di dalam pembangunan diri menjadi seorang yang cantik di luar dan di dalam. Serta SB melebarkan minat pemiliknya untuk merangkumi pakej cantik fizikal dan rohani, SB menawarkan pilihan alternatif dalam pemilihan telekung yang insyaAllah memudahkan wanita Islam memakai ketika solat. Juga sebagai bidadari dunia, skill dan kemahiran perlu diperlengkapkan kepada seorang 'lady' yang punya pelbagai keistimewaan untuk ditawarkan kepada mereka yang berhak. SB memilih untuk berkongsi ilmu di dalam pemilihan pemakanan yang lazat dan sihat agar lengkap fizikal kita untuk lebih sihat dan bertenaga dalam menjalankan ibadat kepada Yang Maha Esa dan sebagai bidadari solehah di dunia ini. SB juga cuba menggalakkan pembacaan untuk penjagaan minda dan intellektual kita sebagai manusia yang punya kekurangan dan kelemahan dan dengan ilmu, kita mampu untuk bertindak lebih wajar dan praktikal.
Begitulah SB bergerak sepanjang diamnya blog ini. Pelbagai pengalaman menarik dan ilmu untuk dibaca, insyaAllah akan dilontarkan dan dicernakan di canaian penulisan blog ini. Bersama anda semua kita bersama-sama menjadi bidadari terbaik sebelum kita rebut untuk menjadi ketua bidadari di syurga. Walau diri punya banyak dosa namun hati kita wajib meyakini bahawa Allah itu menerima segala taubat kita dan meredhai pembersihan hati kita setiap masa dan ketika, hingga berjumpa lagi. Wassalam. ;)

Monday, August 16, 2010
Anggunkan Hati Kita
Salamullahi alaikum dan Selamat Sejahtera. Semoga kehidupan harian kita sentiasa tenang dan bertambah baik terutamanya di bulan Ramadhan ini. Masih belum terlewat buat saya untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua.
Pada 13 Ogos yang lepas, saya mencecah 36 tahun. Rupanya nombor ini tidak begitu menggerikan sepertimana yang pernah saya bayangkan ketika saya belasan tahun. Selalu memikirkan bagaimana kita pada umur sekian-sekian. Lucu pulak sudah melewati umur ini. Sebenarnya di atas kita bagaimana kita mahu menerima kenyataan hidup kita dan bagaimana kita bertindak walau berapapun umur kita.
Dalam kita selalu memperelokkan wajah kita yang sudah cantik dan personaliti kita, pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan hati kita? Hati yang sebenarnya menjadi asas pencernaan personaliti kita. Seperti mafhum hadis Rasululullah saw, di dalam tubuh kita ada seketul daging, sekiranya baiklah daging itu, maka baiklah jasadnya. Dan sekiranya buruk daging itu, maka buruklah jasad itu. Itulah Qalbu ( hati). (Au kama qal)
Ya hati. Hati di dalam bahasa arab mempunyai dua perkataan iaitu Fuad dan Qalbu. Fuad menerangkan makna fizikal hati itu sendiri. Dan Qalbu pula bermaksud berubah-ubah. Begitulah sifat Qalbu, berubah-ubah. Kadang-kadang kita rasa sayang, kasih dan kadang-kadang kita rasa benci dan dendam. Semua ini berkaitan dengan iman. Sesungguhnya iman itu boleh bertambah dan berkurang. Sekiranya hati kita bersih, maka baiklah perilaku kita tanpa dipaksa-paksa dan sekiranya kotor hati kita, maka buruklah perangai kita. Dan ianya mampu berubah dalam sekelip mata. Paginya baik, petangnya buruk.
Kalau kita selalu mencuci wajah kita atau badan dengan pelbagai pencuci muka dan losyen mandian, bagaimana dengan hati kita? Bagaimana mahu mencuci? Bila perlu dicuci? Sebelum itu mari kita kenal 3 jenis hati. Sediakan 3 gelas, satunya berisi air kosong. Satunya air teh dan yang satu lagi dengan air kopi pekat.
Untuk air kosong, diumpamakan hati yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebahgai dosa besar. Nampak jelas? Ya, kedua-duanya nampak jelas bukan? Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.
Untuk jenih hati yang kedua, air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.
Dan untuk yang ketiga ialah hati yang mati, wal'iyazu billahi min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.
Namun,jauh di sudut hati kita, ada sedetik rasa yang kita mahukan kebaikan dalam hidup. Untuk proses pencucian hati ini, sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah. Bertaubatlah, kerana sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan kasih sayangNya, yakinlah dengan cinta Allah. Banyakkan berzikir, membaca mathurat, bangun malam, membaca Al-Quran dan berazam untuk berubah. Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati. Diakui hati kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa pada Allah agar kita ditetapkan iman " Thabbit qulubana Ya Rabbi", Ameen Ya Rabbal Alamiin.
Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yanhg bersih dan jagalah ianya selalu. Sehingga berjumpa lagi. Anggunnya peribadi kita bermula dengan anggunnya hati kita. Wallahu a'lam.
Salam Ramadhan.

Subscribe to:
Posts (Atom)